(باب الإظهار والإدغام)

BAB IZHAR DAN IDGHAM


Dikehendaki idgham disini ialah igham saghir (idgham yang kecil)
Idgham soghir ialah huruf yang awal adalah sukun dan huruf yang kedua berbaris

Kalimah yang akan disebut akan menerangkan hukum izhar dan idgham
Kalimah tersebut ialah

إذ ، قد ، تأ التأ نيث ، هل بل

Published by: Abd Hadi

(باب ذال إذ)

BAB HURUF ZAL PADA KALIMAH إِذْ..

نعم إذتمشت زينب صال دلها سمى جمال واصلا من توصلا
فإظهارها أجرى دوام نسيمها وأظهرريا قوله واصف جلا
وأدغم ضنكا واصل توم دره وأدغم مولي وجده دائم ولا

-Mengidghamkan huruf ‘zal’(الذال) pada kalimah ‘iz’(إذ) atau mengizharkan hanya kepada
6 huruf dan berada di awal kalimah dan selepas huruf ‘zal’-الذل

إتمشى أختك-التاء
وإذزين لهم الشيطن-الزا
وإذصرفناإليك-الصاد
إذ دخلوا عليهم-الدال
لولا إذسمعتموه-ا
وإذ جعلنا البيت-الجيم

Imam nafi’ bersama Ibnu Kasir , dan A’sim bersepakat mengizharkan huruf
‘zal’(الذال) pada kalimah ‘iz’إذ)) apabila bertemu dengan 6 huruf tersebut.


(باب دال قد)
BAB HURUF DAL PADA KALIMAH (قَدْ)
وقد سحبت ذيلآ ضفا ظل زرنب جلته صباه شائقا ومعللأ
فأظهارها نجم بدادل واضحا وأدغم ورش ضر ظمان وامتللا
Huruf yang diidghamkan atau diizharkan pada huruf الدال di kalimah قد .

-Terdapat 8 jenis huruf tersebut yang mana mestilah berada di awal kalimah.Ianya juga mestilah berada selepas kalimah قد.
-8 huruf tersebut bersama contoh:
السين: قد سألهاقوم
الذال: ولقد ذرأنا
الضا: فقد ضل
الظأ: فقد ظلم نفسه
الزاي ولقد زيناالسماء
الجيم: لقد جاءكم رسول من أنفسكم
الصاد: ولقد صرفنا
الشين: قد شفعها حبا

-Imam Qalun membaca dengan mengizharkan huruf الدال pada kalimah قد pada semua huruf tersebut. Imam A’sim dan Ibnu kathir turut membaca dengan wajah ini.

-Imam Warsh mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد hanya pada huruf الضاد dan الظاء.mengizharkan pada huruf selain daripada itu..

Published by:
Abdul Hadi

باب تاء التاءنيث



·        Bab ini akan menerangkan kaedah atau bacaan mazhab Imam Nafi’ apabila huruf ta ta’nis bertemu dengan huruf selepasnya.

·        6 huruf yang akan dibaca secara idgham ataupun idzhar ketika bertemu huruf sebelumnya huruf ta ta’nis ialah:

-         Huruf Sin (س)    :أنزلت سورة  
-         Huruf Tha’(ث)   :           كذّبت ثمود
-         Huruf Shad (ص):حصرت صدورهم  
-         Huruf Zai (ز)      :كلّما خبت زدنهم سعيرا
-         Huruf Zho’ (ظ)  :        كانت ظالمة  
-         Huruf Jim (ج)     :   وجبت جنوبها  


·        Dalam bab ini, bacaan atau kaedah mazhab Imam Nafi’ terbahagi kepada 2 iaitu bacaan mengikut anak muridnya Warsy atau bacaan mengikut anak muridnya Qalun. Kaedahnya seperti berikut:

-         Qalun bersependapat dengan Imam A’shim dan Imam Ibnu Kathir dengan mengidzharkan keenam-enam huruf diatas ketika bertemu sebelumnya ta ta’nis.

-         Kaedah Warsy pula dengan mengidghamkan huruf zho’ sahaja dan mengidzharkan baki huruf yang lain.







Prepared By:
Muhammad Nasiruddin Bin Modtrifi

باب لام هل وبل

Bab Huruf Lam Pada Kalimah Hal Dan Bal

- Berselisih Qurra’ tentang lam hal dan bal pada lapan huruf iaitu huruf yang bertemu sebelumnya lam hal dan bal. huruf-huruf ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

• Huruf yang di khususkan dengannya lam hal sahaja iaitu huruf tha’ (ث) seperti: هل ثوّب الكفّار

• 5 huruf yang di khususkan dengannya lam bal sahaja iaitu:

- Huruf Dhod (ض) : بل ضلّو
- Huruf Zho (ظ) : بل ظننتم
- Huruf Tho (ط) : بل طبع الله
- Huruf Zai (ز) : بل زيّن للّذين كفروا
- Huruf Sin (س) : بل سوّلت لكم أنفسكم


• 2 huruf yang berkongsi (makhraj) diantara lam hal dan lam bal iaitu:

- Huruf Nun (ن) :هل ندلّكم , بل نتّبع
- Huruf Ta’ (ت) :هل تعلم له سميّا , بل تأتيهم


- Dalam bab ini, mazhab Imam Nafi’ bersependapat dengan Imam Ibnu Kathir, Ibnu Zakuan dan A’shim dengan mengidzharkan lam hal dan lam bal pada seemua huruf yang lapan (diatas) yang mana berlawanan dengan Imam Kisaie yang mengidghamkan bacaannya pada semua huruf.







Prepared By:
Muhammad Nasiruddin Bin Modtrifi

(باب التفاق القراء على إدغام ذال إذ و دال قد و تاء التأنيث و لام هل و بل)

>Tidak ada khilaf di antara semua qura’ pada idgham termasuk imam Nafi’
>contohnya:
(i)huruf zal pada إذ : إذ ذهب dan pada zho: إذ ظلمتم
(ii)Huruf dal pada قد :دخلوا وقد dan pada ta: و قد تبين
(iii) Ta ta’nis: فما ربحت تجارة, أثقلت دعوالله
(iv) Huruf lam pada هل: فهل لنا
(v) Huruf lam pada بل:لاتكرهون بل
>pada kalimat ( )dalam keadaan bersambung dari() yang disabitkanbagi semua qura’ termasuk nafeq’ kecuali Hamzah menghazafkannya dan menyambung.
>Bagi mereka(qura’) ada 2 wajah:
(i)Izhar dan kembalikan….
(ii)mengidghamkan هyang pertama pada yang هyang kedua dan disebut ه kedua dalam keaadaan bersyaddah.


Published by:
Wafi

(باب حروف قربت مخارجها)

BAB HURUF YANG HAMPIR SAMA MAKHRAJNYA
>imam yang terlibat ialah خلاد,الكسائ dan ابوعمرو marmuz bagi mereka mengidghamkan ب yang di kasrohkan pada ف pada 5tempat sahaja:
(i)فسوف يغلب
>Ahli-ahli qura’ yang marmuz ialah حفص ,حمزة ,أبن كثئر, أبوععمرو, و قالون.Mereka mengizharkan huruf ن,contoh (ىس)
*Bait yang menyambung bagi imam نافع dan أبن كثير marmuz menzahirkan د dan ث
>bagi (معنا أركب),قالون ada dua wajah dengan mengidghamkan dan mengizharkan dengan mengikut gurunya Imam الدانى .
>Bagi ورش خلف, عامر, أبن mengizharkan semata-mata.
>Mengizharkan semata-mata pada huruf (ث) sebelum (ذ) dalam surah al-A’raf (يلهث ذلك) .
> Dan Qalun mengikut cara bacaan ini dari gurunya dengan 2 wajah:-
- Izhar dengan bacaan ad-Dani dari Ibnu Ghalbun.
- Idgham dengan bacaan ad-Dani dari Abu Al-Fath Faris.
>Warsh membaca dengan Izhar sahaja pada huruf ba yang disukunkan (وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَآءُ)

Published by:
Wafi

(باب أحكام النون ساكنة و التنوين)

Bab hukum nun sakinah dan tanwin.
• Para qurra’ bersepakat mengidghamkan tanwin dan nun sakinah dan tidak dengung pada huruf lam dan ra.

• Dan bersepakat para qurra’ dengan mengidghamkan nun sakinah dan tanwin pada 4 huruf iaitu huruf ya, wau, mim dan nun serta mendengungkannya.

• Kecuali pada Khalaf juga Hamzah yang mengidghamkan hanya pada huruf mim dan nun dan membaca secara tidak dengung pada huruf ya dan wau.
• Syarat untuk membaca secara dengung pada huruf idgham ialah pada dua kalimah yang mana awal perkataan terdapat huruf-huruf idgham. Jika terjadi pada satu kalimah, maka tidak akan dibaca secara dengung contoh:
- صِنْوَانٌ
- قِنْوَانٌ
- بُنْيَانٌ
- الدُنْيَا
• Dan perkataan-perkataan ini dinamakan Izhar Mutlak.
• Bersepakat para qurra’ mengizharkan nun sakinah dan tanwin ketika bertemu nun sakinah dan tanwin dengan 6 huruf halqi iaitu: hamzah, ha, kha, ‘ain, ghain, dan ha.

• Bersepakat para qurra’ membaca dengan Iqlab ketika nun sakinah dan tanwin bertemu dengan huruf ba.

• Bersepakat para qurra’ membaca secara ikhfa’ iaitu membaca dengan menjaga dengung apabila bertemu dengan huruf-huruf yang selain dari huruf yang disebutkan di atas iaitu sebanyak 15 huruf dan dinamakan hukum ini sebagai Ikhfa’ Hakiki. Huruf-hurufnya ialah sad, dzal, kaf, jim, tho, zai, fa, ta, syin, qaf, sin, dal, tsa, dhad dan zho.


Published by:
Abdul Hakim

(باب الفتح والإمالة والتقليل)


Bab Fathah, Imalah dan Taqlil
Pengertian Fathah: Membuka mulut ketika membaca atau menyebut huruf
Al-Quran.

Pengertian Imalah: Seolah-olah menyerupai bunyi hamzah dan hampir kepada bunyi
Kasrah.

Pengertian Taqlil: Peringkat pertengahan yang seumpama imalah dan
Hampir kepada bunyi fathah.

Pengertian fathah dan imalah: Pada keseluruhannya bermaksud kedua-
dua merupakan bahasa sahih diturunkan bersamanya Al-Quran.


- Imalah: Imam Nafi’, Qalun dan Warsh membaca secara tidak imalah bersama dengan semua ahli qurra’ yang lain kecuali Imam Hamzah dan Kisaei yang mengimalahkan sepenuhnya pada :

Contoh kalimah bagi isim (kata nama) bagi huruf alif ke dalam huruf ya:


الهدى تثني الهديان
مأوى تثني المأويان
الهوى تثني الهويان
مثوى تثني مسويان

Contoh Kalimah bagi fiil (kata kerja) kepada huruf ta mutakallim (penutur kata) atau mukhatab (yang dituturkan kata kepadanya):



اشترى تقول اشتريت-اشتريت
سعى تقول سعيت-سعيتو
ابى تقول ابيت-ابيتو
اجتبى تقول اجتبيت-اجتبيت


Apabila huruf alif di tukarkan kepada huruf wau maka ia tidak di imalahkan.


الصفا تقول الصفوان
عصا تقول عصو ان
سنا تقول سنوان
ابا تقول ابوان
شفا تقول شفوان


Pendapat Ahli Qura’ Mengenainya :

*Qalun bersama Ibnu Amir, Asim, dan mempunyai sedikit bacaan imalah di dalam qiraat mereka.

*Imam Warsy mempunyai pembacaan taqlil yang paling banyak didalam qiraatnya dan hanya satu tempat sahaja. Iman Warsy membaca imalah iaitu pada lafaz  (طه ) di dalam surah ( طه).


*Warsh majoritidaripada bacaannnya adalah secara Taqlil manakala Hamzah dan Kisa’i membaca secara Imalah.


( باب مذهب الكسائي في إمالة هاء التأنيث في الوقف )

BAB MAZHAB KISAIE PADA IMALAH HURUF HA TA'NIS KETIKA WAQAF..
Penerangan tentang Bab
A) Huruf ha Ta’nis yang apabila diwasalkan, dibaca dengan huruf ta, manakala apabila diwaqafkan dibaca dengan huruf ha. Cnth; (رحمة,نعمة)
-> Pada kes ini, Imam Kisai’e hanya mengimalahkan Ha Ta’nith apabila ianya diwaqafakan.
B) Ha’ Dhamir yang membawa maksud muzakkar, di mana apabila disambung bebaris dan apabila waqaf dibaca dengan sukun. Cnth: (معاذرة, كتابة)
-> Di sini Kisai’e tidak mengimalahkan bacaan.
C) Ha’Saktah, bacaannya adalah sukun tidak kira ia diwasalkan atau diwaqafkan.(ماليه, كتابيه)
-> di sini juga Kisai’e tidak mengimalahkan bacaan.

KISAIE ada mazhab pada imalah ketika wakaf :

-Mazhab Tafsili
-Mazhab Ijmali

>Pada bab ini Imam Nafi’ dan juga 2 perawinya tidak terlibat dalam mengimalahkan bacaan pada ha’ Ta’nis ketika waqaf.

>Oleh itu, Imam nafi’ bersama Baki Qurra’ membaca dengan fathah pada ha’ ta’nis ketika waqaf.



Published by:
Adib Mahmud

(باب مذاهب القراء في الراءات)

Mazhab Qurra’ pada Huruf Ra.
Bait 4- Pada kalimah ini ada 2 wajah bagi Warsh, (Tarqiq dan Tafkhim)
Contoh: ذكرا, سترا, وزرا, صهرا, حجرا, إمرا.
Pada ayat ini terdapat 5 cara bacaan 6 bacaan pada asalnya tetapi 1 bacaan adalah dilarang dari membacanya iaitu tawassut mad serta menipiskan bacaan huruf ra.
• يأيها الذين ءامنوا اذكروالله ذكرا كثيرا

5 wajah bacaan
- Qasar mad badal dan tebalkan huruf ra
- Tawassut mad badal dan tebalkan huruf ra
- Ishba’ mad badal dan tebalkan huruf ra
- Qasar mad badal dan nipiskan huruf ra
- Ishba’ mad badal dan nipiskan huruf ra
Bait 5
شرار (surah al-Mursalat)
- Warsh membaca secara tarqiq pada huruf ra yang pertama ketika wasal dan waqaf.
Bait 7
- Apabila datang huruf ra yang berbaris sukun dan sebelumnya huruf berbaris kasrah dalam kalimah maka tidak dapat tidak semua qurra’ menipiskan bacaan pada huruf ra:
فرعون, واصبر لحكم, ربِّك, مِريَة

Bait 8
- Semua qurra’ membaca secara tebal pada huruf ra apabila sebelum huruf ra terdapat huruf isti’la’ contoh:
• والصرات, فراق, وإعراض.
- Pada lafaz فِرْقٌ semua qurra’ membaca secara khilaf iaitu tarqiq dan tafkhim.
Bait 10
- Apabila datang huruf ra selepas huruf berbaris kasrah yang ‘arid muttasil seperti:
• امرؤ

- Apabila terdapat huruf ra berbaris sukun selepas huruf yang berbaris kasrah yang arid muttasil maka semua qurra mambaca secara tebal contoh:
• ارتابوا, ارجعي
- Warsh membaca secara tebal pada huruf ra yang masbuqah dengan kasrah munfasil sepertibaqi qurra seperti: قالت امرأة, برسول
Bait 11
- Ahli ada’ (Warsh) memtarqiqkan huruf ra apabila datang selepasnya huruf berbaris kasrah seperti: شرقية, ردف, كرسيه
Atau selepasnya huruf ya yang berbaris sukun seperti: التجرين, لبشرين
Baqi qurra membaca secara tafkhim.

Bait 13
- Para qurra’ bersependapat untuk membaca secara tarqiq pada huruf ra yang berbaris kasrah pada permulaan kalimah contoh: رجال, رزقا
Dan di pertengahan seperti: وفي الرقاب, الغارمين

Keadaan huruf ra ketika waqaf

- Pertama: apabila berkaitan dengan fathah dan dhammah atau huruf wau, alif atau sukun, dan sebelumnya adalah fathah atau dhammah contoh: القمر, مزدجر, وسعر. Maka ditebalkan huruf ra ketika waqaf bagi Warsh.

- Kedua: Huruf ra pada مصر, ketika waqaf dibaca secara tarqiq, manakala membaca secara tafkhim adalah lebih diutamakan ketika wasal. Ra pada القطر, ketika wasal, membaca secara tarqiq adalah diutamakan.

- Ketiga: Pada kalimah seperti مستمر, القاهر, المصير.. Maka warsh membaca secara tafkhim.

- Keempat: Apabila ada huruf sukun dan tiada huruf isti’la’ dan sebelumnya berbaris kasrah seperti الشعر, السحر, maka semua qurra’ akan membaca secara tafkhim (nipis).
Adapun diikuti dengan alif mumalah seperti عقبى الدار, مع الأبرار, maka mereka yang mengimalahkan atau mentaqlilkan huruf alif akan membaca secara tarqiq pada huruf ra. Lafaz إدا يسر, نذر diutamakan kepada membaca secara tarqiq.

(باب اللامات)

Bab Huruf-huruf Lam
- Warsh membaca pada semua huruf lam yang berbaris fathah secara taghliz (tebal), sama ada ianya bersyaddah atau tidak bersyaddah, mutawassitah atau mutatharrifah, dengan syarat seebelum huruf lam yang itu mestilah mempunyai huruf ظ ,ط ,ص dan 3 huruf ini mestilah berbaris fathah atau sukun contoh:
*ظَلَّ
إصْلَاحٌ*
مُعَطَّلَة

- Dan adapun huruf lam yang berbaris dhammah atau berbaris kasrah, mestilah huruf lam dibaca dengan tarqiq, (nipis).

- Adapun Khalaf mengikut Warsh pada lafaz huruf lam yang berada di hujung kalimah boleh dibaca dengan 2 wajah iaitu secara nipis dsan tebal tetapi membaca secara tebal adalah lebih utama.

- Tidak ada khilaf pada bacaa para qurra’ termasuk Imam Nafi’, Qalun dan Warsh bahawa jika Lafzul Jalalah (الله), dan huruf sebelum huruf lam itu berbaris kasrah dibaca dengan nipis.


- tetapi jika sebelumnya berbaris dhammah, dan juga berbaris fathah, Lafzul Jalalah hendaklah dibaca dengan tebal.

(باب الوقف في أواخرالكلم)

Waqaf Pada Akhir Kalimah
Waqaf dari segi :
• Bahasa : berhenti atau menahan.
• Istilah : menghentikan sementara bunyi sesuatu kata, sehingga memungkinkan
untuk bernafas,berhenti dari memberi harakat/baris pada huruf.

والاسكان أصل الوقف وهو اشتقاقه من الوقف عن تحريك حرف تعزلا

• Asal waqaf adalah sukun ( السكون )
• Ar-raum dan Al-Isymam adalah daripada cabang/wajah waqaf.

وعند أبى عمرو وكوفيون به من الروم والإشمام سمت تجملا
وأكثر أعلام القران يراهما لسائرهم أولى العلائق مطولا

• Sebahagian besar Ahlul Ada mewaqafkan dengan bacaan Ar-Raum dan
Isymam untuk seluruh Imam Qiraat.

KESIMPULAN

• Baqi Qurra’ iaitu Nafi’, Ibnu Kasir dan Ibnu Amir, walaupun tidak mempunyai nas,
namun oleh kerana sebahagian Ahlul Ada daripada mereka menggunakannya,
maka bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam masih tetap digunakan.



AR-RAUM ( الروم )
Ar-Raum ialah memperdengarkan bunyi harakat/baris huruf yang hendak diwaqafkan dengan suara lemah ketika waqaf, sehingga orang berdekatan atau bersebelahan sahaja yang memungkinkan untuk mendengarnya.
Dalil Syatibiyyahnya:

ورومك إسماع المحرك واقفا بصوت خفي كل دان تنولا

Bacaan Ar-Raum terjadi apabila:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah atau kasrah.
Bacaan Ar-Raum hanya ketika waqaf.
Hanya sepertiga bunyi huruf asal dapat didengar.
Hanya orang yang berdekatan pembaca Al-Quran dapat mendengarnya.


AL-ISYMAM ( الإشمام )
Al-Isymam ialah memucungkan kedua-dua bibir tanpa suara ketika mewaqafkan bacaan,serta merta mengiring seleas sukunnya huruf.
Dalil Syatibiyyahnya:

والإشمام إطباق الشفاه بعيدما يسكن لا صوت هناك فيصحلا
Syarat-syaratnya:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah.
Huruf diwaqafkan menjadi sukun.
Memuncungkan kedua bibir tanpa suara serta merta selepas mensukunkan huruf.
Bacaan Isymam tak diketahui oleh orang yang buta.


وفعلها في الضم والرفع وارد ورومك عند الكسر والجر وصلا

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris dhommah,
seluruh Imam Qiraat mempunyai 3 wajah:
- As-Sukun
- Al-Raum
- Al-Isymam


• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris kasrah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 2 wajah:
As-Sukun
Ar-Raum

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris fathah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 1 wajah/bacaan,iaitu As-Sukun.

وفي هاء تأنيث وميم الجميع قل وعارض شكل لم يكون ليدخلا
وفي الهاء للاضمار قوم أبو هما ومن قبله ضم أو الكسر مثلا
أوا ما هما واو وياء وبعضهم يرى لهما فى كل حال محللا
• Bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam tidak boleh digunakan pada Ha’ Ta’ nis, Mim
Jama’ dan harakat yang mendatang( ‘Arid ).

1. Huruf ta taanis
a) Huruf ta marbutoh( tidak boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam)
contoh: رحمة نعمة

b) Huruf ta Taanis terbuka( boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam bagi
imam yang waqaf dengan ta’ )
contoh: ورحمت – بقيت الله

2. Mim Jama’
contoh: عليكم

3. Harakat yang mendatang( ‘Arid )
contoh: فلينظر الإنسان

• Sebahagian Ahlul Ada melarang menggunakan bacaan Ar-Raum mahupun Al-
Isymam pada Ha’ Dhamir, apabila sebelumnya berupa dhommah,kasrah/ waw
sukun, ya sukun.
• Namun sebahagian Ahlul Ada yang lain tetap menggunakan bacaan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam pada Ha’ Dhamir,dalam semua keadaan.

Published by:
Salman

(باب الوقف على مرسوم الخط)

WAQAF PADA TULISAN RASM )MUSHAF UTHMANI(


وكوفيهم والمزني ونافع عنوا باتباع الخط فى وقف الابتلا
ولابن كثير يرتضى وابن عامر وما اختلفوا فيه حر أن يفصلا
إذا كتبت بالتاء هاء مؤنث فبالهاء قف حقا رضى ومعولا
وفي اللات مع مرضات مع ذات بهجة ولات رضى هيهات هاديه رفلا

• Imam Nafi’bersama AL-KUFIYYUN mengharuskan mengikut
Resam Uthmani ketika waqaf dalam dua keadaan:
وقف إختباري
وقف إضطراري

• Mewaqafkan huruf ha Ta’nis yang ditulis huruf ta dalam
Mushaf Uthmani dengan ha’.

• Baqi Qurra’ Termasuk Imam Nafi’ (Kecuali Ibnu Kathir, Abu Amru dan Kisa’i) tetap membaca dengan ta’ seperti kaedah asalnya.

• Adapun tempat-tempat Ha’ Ta’ nis dalam mushaf seperti berikut:
Lafaz رحمت ; 7 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 218
Lafaz نعمت ; 11tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Al-Baqarah ayat 231
Lafaz سنت ; 5 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Fatir ayat 43
Lafaz امرأت ; 7 tempat dalam mushaf.
Contoh: surah Ali Imran ayat 35
Lafaz بقيت ; surah Hud ayat 86
Lafaz قرت; surah Al-Qasas ayat 9
Lafaz فطرت; surah Ar-Rum ayat 30
Lafaz شجرت; surah Ad-Dukhan ayat 43
Lafaz لعنت; surah An-Nur ayat 7
Lafaz ابنت ; surah At-Tahrim ayat 12
Lafaz جتت ; surah Al-Waqiah ayat 89
Lafaz معصيت ; surah Al-Mujadalah ayat 8 dan 9
Lafaz كلمت ; surah Al-A’raf ayat 115


وقف يا أبه كفوا دنا وكأين الوقوف بنون وهو بالياء حصلا
ومال لدى الفرقان والكهف والنساء وسال على ماحج والخلف رتلا
ويا أيها فوق الدخان وأبها لدى النور والرحمن رافقن حملا
وفي الها على الإتباع ضم ابن عامر لدى الوصل والمرسوم فيهن أخيلا

• Pada lafaz كأين, Imam Nafi’ bersama semua Imam Qiraat mewaqafkan dengan huruf nun, kecuali Abu Amru dan Ibnu Amir mewaqafkan dengan huruf ya.


Published by:
Ammar Abd Khalil.

(باب مذاهب القراء في ياءات الإضافة )

Bab Mazhab Qura' pada Ya Idhafah

Dalil As-Syatib:
1. وليست بلام الفعل ياء اضافة وما هي من نفس الاصول فتشكلا
2. ولكنها كا لهاء والكاف كل ما تليه يرى للهاء والكاف مد خل

Penerangan :
Definisi : Ya Izafah adalah ya zaidah (ya yang ditambah) kepada kalimah asli. Ya tersebut tidak duduk sebagai lam feel dalam kalimah.
Alamat Ya Izafah : Boleh menukar huruf ya tersebut kepada huruf kaf atau ha.
Contoh :
1.فطرني – فطرك – فطره
2.ضيفي – ضيفك – ضيفه
3. لعلي – لعلك – لعله

Ya yang terletak pada kalimah sebagai lam feel adalah ya asli untuknya dan tiada sebarang khilaf dalamnya.
Contoh :
1.الداعي
2.المهتدي

6 BAHAGIAN YA’AT IZAFAH :
1.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ maftuhah ( أ ) terdapat dalam 99 tempat.
Contoh :انى أخا ف
2.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ maksurah ( أ ) terdapat dalam 52 tempat.
Contoh :وحزنى الى الله
3.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ mazmumah ( أ ) terdapat dalam 10 tempat.
Contoh : انى أمرت
4.Ya Izafah yang selepasnya alif lam ta’rif ( ال ) terdapat dalam 14 tempat.
Contoh : عبا دى الصلحون
5.Ya Izafah yang selepasnya hamzah wasol mufrodah ( ا ) terdapat dalam 7 tempat.
Contoh :انى أصطفيتك
6.Ya Izafah yang selepasnya huruf-huruf selain dari hamzah qata’ atau hamzah wasol terdapat dalam 30 tempat.
Contoh :ومحيا ى ومما تى لله

JUMLAH YA IZAFAH.
Dalil As-Syatibi :
وفي مائتي ياء وعشر منيفة وثنتين خلف القوم أحكيه مجملا .3

Penerangan :
7 qura’ mempunyai 212 ikhtilaf dalam ya’at izafah.

BAHAGIAN PERTAMA :
Dalil As-Syatibi :
فتسعون مع همز بفتح و تسعها سما فتحها الا مواضع هملا .4
فأرني وتفتني اتبعني سكونها لكل وترحمني أكن ولقد جلا .5

Penerangan :
Ya Izafah yang datang selepasnya hamzah qata’ maftuhah terdapat dalam 99 tempat dalam al-quran. Ahlu Sama’ (Nafi’,Ibnu Kathir,Abu A’mru) akan membaca ya tersebut dengan baris fathah. Qura’ lain akan menyertai mereka pada sesetengah tempat.Contoh :



Pengecualian :
Ya yang datang selepasnya hamzah qata’ akan dibaca dengan baris fathah oleh ahlu sama’ pada 4 tempat di bawah,qura’ yang lain akan mensukunkan ya pada 4 tempat tersebut.
1. قا ل رب أرني أنظر اليك (Surah A’raf)
2. ولا تفتني الا فى الفتنة سقطو(Surah Taubah)
3.فاتبعني أهدك صراطا سويا (Surah Maryam)
4. والا تغفرلي وترحمنى أكن من الخسرين (Surah Hud)

Dalil As-Syatibi :
د واء وأوزعني معا جا د هطلا .6 وادعونى ا ذ كرني فتحها ذ روني

Penerangan :
- Imam Ibnu Kathir membaca ya dengan baris fathah pada 3 tempat di bawah :
1. ذروني أ قطل مو سى (Surah Ghafir)
2.ادعونى أستجب لكم (Surah Ghafir)
3.فا ذ كرونى أ ذ كركم (Surah Al-Baqarah)
(Bazzi dan Qunbul mengikut imamnya pada 3 tempat tersebut)
- Warsh dan Bazzi membaca ya dengan baris fathah pada kalimah :
yang terdapat dalam Surah An-Naml, Surah Ahqaf. Baqi qura’ akan mensukunkan ya pada kalimah tersebut.


Dalil As Syatibi:
7.ليعلونى معه سبيلي لنافع وعنه وللبصري ثمان تنخلا
8.ب يوسف اني الأولان ولي بها وضيفي ويسر لي ودوني تمثلا
9وياءان في اجعل وأربع اذ حمت هداها ولكني بها اثنان وكلا .
10.وتحتي وقل في هود اني أراكمو وقل فطرن في هود هاديه أوصلا
Penerangan:
Nafi’ membaca Ya dengan baris fathah dalam:
:ليبلوني ءأشكر أم أكفر (Surah Naml)
:قل هذه سبيلى أدعو الى الله (Surah Yusuf)
Nafi’ tidak mensukunkan Ya pada 2 tempat tersebut.

Nafi’ dan Abu Amru membaca Ya Idhafah dengan baris fathah pada 8 tempat:
1.) اني )dalam اني أرني أعصر: Surah Yusuf.
2اني ) )dalam:اني أرانى أحمل Surah Yusuf.
3.(لي )dalam يأ ذن لى أبى : Surah Yusuf.
4.(ضيفى )dalamولاتخزون فى ضيفي أليس: Surah Hud.
5.و يسرلي أمري Surah Taha.
6.( دونى )dalam من دونى أولياء : Surah Kahf.
7. اجعل لى ءاية Surah Al-Imran.
8. اجعل لي ءاية Surah Maryam.

Ya Idhafah pada 8 tempat di atas akan di baca dengan baris sukun oleh qura-qura’ lain selain dari Nafi’ dan Abu Amru.

#قوله:وأربع اذ همت هداها,ولكني بها اثنان وكلا,وتحتي وقل في هود اني أراكمو
Dalil di atas menerangkan bahawa,Nafi,Abu Amru dan Bazzi membaca Ya Idhafah pada 4 tempat di bawah dengan baris fathah.
1.ولكني أراكم (Surah Ahqaf)
2.ولكني أراكم (Surah Hud)
3.من تحتي أفلا (Surah Zuhruf)
4.اني أراكم بخير (Surah Hud)
Qura lain akan membaca Ya yang berada pada 4 tempat di atas dengan baris sukun.
# وقل فطرن في هود أوصلا
Bazzi dan Nafi’ membaca Ya Idhafah dengan baris fathah dalam Surah Hud,Qura lain akan membacanya dengan baris sukun.

Dalil As-Syatibi:
11.ويخزنني حرميهم تعدانني حشرتني أعمى تأمرونى وصلا

Penerangan:
Hirmiyan (Nafi’ dan Ibnu kathir)membaca Ya dengan baris fathah pada 4 tempat ini:
1.ليخزنني أن تذهبو به (Surah Yusuf)
2. ) أتعدانني أن أخرجSurah Ahqaf)
3.حشرتني أعمى (Surah Taha)
4. أ فغيرالله تأمروني أعبد(Surah Zumar)
Selain mereka berdua akan membaca Ya pada 4 tempat di atas dengan sukun.

Dalil As-Syatibi:
12.أرهطي سما مولى ومالي سما لوا لعلي سما كفوا معي نفر العلا
13.عماد وتحت النمل عندي حسنه الى دره بالخلف وا فق موهلا

Penerangan:
*Ahlu Sama dan Ibnu Zakwan membaca Ya dengan baris fathah pada ( أرهطي أعز عليكم )Surah Hud,selain mereka membacanya dengan baris sukun.
*Ahlu Sama dan Hisyam membaca Ya dengan baris fathah pada ( و ياقوم ما لي أدعوكم )Surah Gafir, selain mereka membacanya dengan sukun.
*Ahlu Sama dan Ibnu Amir membaca Ya yang berada dalam perkataan ( لعلي )dengan baris fathah pada 6 tempat ini:

1.لعلي أرجع الى الناس (Surah Yusuf)
2. لعلي آتيكم منها (Surah Taha)
3. لعلي آتيكم منها (Surah al-Qasas)
4.لعلي أعمل صالحا (Surah Mu’minun)
5.لعلي أطلع (Surah al-Qasas)
6.لعلي أبلغ الأسباب (Surah Ghafir)
Selain dari mereka membaca 6 ya di atas dengan baris sukun.

*Ahlu Sama,Ibnu Amir dan Hafs membaca Ya yang berada dalam perkataan( معي )dengan baris fathah pada 2 tempat ini:
1.فقل لن تخرجو معى أبد (Surah Taubah)
2.قل أرءيتم ان أهلكني الله ومن معى أو رحمنا (Surah Al-Mulk)
Syu’bah,Hamzah dan Kisa’e akan membaca Ya pada 2 tempat tersebut dengan sukun.

#و قوله: وتحت النمل عندي حسنه الى دره بالخلف
Abu Amru dan Nafi membaca Ya yang berada dalam perkataan (عندي )dgn baris fathah pada kalimah di bawah tanpa khilaf.
قال انما أوتيته على علم عندي أولم يعلم (Surah al-Qasas).
Ibnu Kathir membaca kalimah di atas dengan baris fathah berserta dengan khilaf,khilaf tersebut disebabkan oleh perbezaan bacaan yang di riwayatkan oleh 2 anak muridnya(Bazzi dan Qunbul)dgn bacaan fathah dan sukun:
*Bazzi membacanya dgn baris sukun
*Qunbul membacanya dgn baris fathah.
Selain dari 99 tempat yang telah di terangkan di atas,hanya Ahlu Sama sahaja yang akan membaca Ya dengan baris fathah manakala Qura lain akan membacanya dengan tanda sukun.



BAHAGIAN KEDUA:
Dalil As-Syatibi:
14. وثنتا ن مع خمسين مع كسرهمزة بفتح أولى حكم سوى ما تعزلا
1بناتى وأنصاري عبادي ولعنتي وما بعده ان شاء بالفتح أهملا . 5

Penerangan:
Ya Idhafah yang datang selepasnya hamzah qata maksurah terdapat dalam 52 tempat.

KAEDAH UMUM:
Dalam bahagian ini,Nafi’ dan Abu Amru akan membaca Ya Idhafah dengan baris fathah walaupun sesuatu kalimah itu berbentuk infiradah atau terkeluar dari kaedah yang sebenar.

*فقوله بناتي وانصاري.....البيت
Nafi’ mengkhususkan bacaan fathah pada ya idhafah yang terdapat dalam 5 tempat di bawah:
1.بناتي ان كنتم فاعلين (Surah Hijr)
2.من انصاري الى الله (Surah Al-Imran,Saff)
3.ان اسر بعبادي انكم (Surah Syu’ara)
4.وأن عليك لعنتي الى يوم الدين (Surah Sad)
5.ستجدني ان شاءالله (Surah Kahf,Qisas,Saffat)
Semua Baqi qura termasuk Abu Amru akan membaca Ya pada lima tempat di atas dengan baris sukun.

Dalil As-Syatibi:
16.وفي اخوتي ورش يدي عن أولي حمي وفي رسلي أصل كسا وفاي الملا

Penerangan:
Warsy membaca Ya dengan baris fathah pada kalimah: ( وبين اخوتي ان ربي ) Surah Yusuf,
Qurra’ lain akan mensukunkan Ya pada kalimah tersebut.

Nafi’ bersama Hafs, dan Abu Amru membaca Ya pada kalimah :( يدي اليك ) Surah Al-Maidah
Dengan baris fathah,Qura lain selain mereka akan membaca Ya tersebut dengan sukun.

Nafi’ dan Ibnu Amir membaca Ya dengan baris fathah dalam:( ورسلي ان الله) Surah Mujadalah
Qura lain akan membacanya dengan sukun.

Dalil As-Syatibi:
17.وأمي وأجري سكنادين صحبة دعائي وآبائي لكوف تجملا
18.وحزني وتوفيقي ظلالوكلهم يصدقني انظرني وأخرتني الى
19.وذريتي يدعونني وخطابه ....................................

Penerangan:
-وأمى الهين (Surah Al-Maidah)
-ان اجرى الا على الله (Surah Yunus)
ان أجري الاعلي رب العلمين – (Surah Syu’ara)
Nafi’ akan membaca Ya pada tempat-tempat di atas dengan baris fathah.

#وقوله دعائي وآبائي لكوف تجملا
1.فلم يزد هم دعائي الا (Surah Nuh)
2.ملة ءابآءى ابراهيم (Surah Yusuf)
Ahlu Sama dan Ibnu Amir membaca Ya di atas dengan baris fathah.

#وقوله وحزني وتوفيق ظلال
-( حزني ) dalam ( وحزني الى الله ) surah yusuf
-( توفيقي ) dalam ( وما توفيقي الا بالله ) surah hud.
Ya di atas di baca dengan baris fathah oleh Nafi’, Abu A’mru dan Ibnu A’mir.

#وقوله وكلهم يصدقني انظرني واخرتني الى...
Ketujuh-tujuh qura’ bersepakat mensukunkan ya pada kalimah-kalimah tersebut.
_يصدقني انى أخاف (Surah Qasas)
_أنظرني الى يوم يبحثون (Surah A’raf)
_فأنظرني الى يوم يبعثون (Surah Hijr)
_لولا أخرتني الى أجل (Surah Munafiqun)
_وأصلح لي في ذريتي اني (Surah Ahqaf)
_مما يدعونني اليه (Surah Yusuf)
_وتدعونني الى النار (Surah Ghafir)
_أنما تدعونني اليه (Surah Ghafir)
Nafi’ dan Abu A’mru membaca Ya Idhafah dengan baris fathah berdasarkan kaedah asli pada baki kalimah yang tidak disebut oleh penulis dalam bait-baitnya.

BAHAGIAN KETIGA
Dalil As-Syatibi :
19................................... وعشر يليها الهمز بالضم مشكل
20.فعن نافح فافتح وأسكن لكلهم بعهدي وآتوني لتفتح مقفلا

Penerangan :
Ya Idhafah yang datang selepasnya hamzah qata’ mazmumah terdapat dalam 10 tempat.
Hanya Imam Nafi’ seorang sahaja yang mengkhususkan bacaan ya dengan baris fathah pada 10 tempat tersebut. Selainnya akan membacanya dengan sukun.
1.اني أعيذهابك (Surah Al-Imran)
2.اني أريد أن تبوأ (Surah Al-Maidah)
3.فاني أعذبه عذابا (Surah Al-Maidah)
4.اني أمرت (Surah An’am)
5.اني أمرت (Surah Zumar)
6.قال عذابي أصيب به (Surah A’raf)
7.اني أشهد الله (Surah Hud)
8.أني أوفي الكيل (Surah Yusuf)
9.اني ألقي (Surah Naml)
10.اني أريد أن أنكحك (Surah Qisas)
*Tujuh Qura bersepakat mensukunkan Ya pada 2 tempat ini :
1.وأوفوا بعهدي أوف بعهدكم (Surah Baqarah)
2.ءاتوني أفرغ عليه قطرا (Surah Kahf)

BAHAGIAAN KEEMPAT
Dalil As-Syatibi :
21.وفي اللام للتعريف أربع عشرة فاسكانها فاش وعهدي في علا

Penerangan :
Ya Idhafah yang datang selepasnya alif lam ta’rif terdapat dalam 14 tempat.
Imam Hamzah mensukunkan ya pada semua 14 tempat tersebut, Hafs mengikutnya pada 1 tempat sahaja :لاينال عهدى الظالمين (Surah Baqarah).
Baqi qura’ akan membaca ya pada 14 tempat tersebut dengan baris fathah.

Dalil As-Syatibi :
22.وقل لعبادي كان شرعا وفي الندا حمى شاع آياتي كما فاح منزلا
23. فخمس عبادي اعدد و عهدي أرادني وربي الذي أياتي الحلا
24.وأهلكني منها وفي صاد مسني مع الأنبيا ربي في الاعراف كملا

Penerangan :
Ibnu A’mir, Hamzah dan Kisaie mensukunkan ya pada kalimah ( قل لعبادى الذينءامنو ) Surah Ibrahim, selain mereka membacanya dengan baris fathah.

و قوله وفي الندا حمى شاع#
1.يعبادي الذين ءامنوا ان أرضى وسعة (Surah Ankabut)
2.قل يعبادي الذين أسرفوا (Surah Zumar)
Nafi’ akan membaca Ya yang berada dalam kalimah di atas dengan baris fathah.

# وقوله آياتي كما فاح
(سأصرف عن ءايتى الذين )Nafi’akan membaca Ya tersebut dengan baris fathah.

#وقوله فخمس عبادي اعدد
1-5)Perkataan ( عبادي )dalam surah Ibrahim,Ankabut,Zumar,Anbia,Saba.
6)عهدي الظلمين (Surah Baqarah)
7)ان أرادني الله بضر (Surah Zumar)
8)ربي الذي يحي ويميت (Surah Baqarah)
9)ءاتني الكتب (Surah Maryam)
10)سأصرف عن ءايتي الذين (Surah A’raf)
11)ان أهلكني الله (Surah Mulk)
12)مسني الضر (Surah Anbia)
13)مسني الشيطن (Surah Sad)
14)حرم ربي الفوحش (Surah A’raf)
Baqi qura’ membaca semua Ya yang berada dalam 14 kalimah di atas dengan baris fathah.

BAHAGIAN KELIMA:
Dalil As-Syatibi:
25 وسبع بهمز الوصل فردا وفتحهم أخي مع انى حقه ليتني حلا .
26.ونفسي سما ذكري سما قوم الرضا حميد هدي بعدي سما صفوه ولا

Penerangan:
Ya Idhafah yang datang selepasnya hamzah wasol mufradah terdapat dalam 7 tempat.(hamzah wasol mufradah ialah hamzah yang tidak bercantum dengannya lam ta’rif)

*Ibnu Kathir dan Abu Amru membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat di bawah,selain mereka akan membacanya dengan sukun.
1.هرون أخى اشددبه (Surah Taha)
2.اني اصطفيتك على الناس (Surah A’raf)

*Hanya Abu Amru seorang sahaja yang membaca Ya dengan baris fathah pada kalimah di bawah:
-يليتني اتخذت (Surah Furqan)

*Nafi,Ibnu Kathir dan Abu Amru membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat ini,selain mereka akan membacanya dengan sukun
1.واصطنعتك لنفسى اذهب (Surah Taha)
2.ولاتنيا فى ذكرى اذهبا (Surah Taha)

*Nafi,Abu Amru dan Bazzi membaca Ya pada kalimah di bawah dengan baris fathah,selain mereka akan membacanya dengan sukun ان قومي اتخذوا :

*Nafi’, Ibnu Kathir, Abu A’mru dan Syu’bah membaca ya pada ayat di bawah dengan baris fathah. Baqi qura’ lain akan mensukunkan ya tersebut.
-من بعدي اسمه أحمد (Surah Saf)

BAHAGIAN KEENAM
Dalil As-syatibi :
27.ومع غير همزة في ثلاثين خلفهم ومحياي جيء با لحلف والفتح خولا

Penerangan :
Ya Idhafah yang datang selepasnya salah satu daripada huruf hija’e, kecuali hamzah qata’ dan hamzah wasol.
Khilaf Qura’ dalam bahagian ini terdapat pada 30 tempat :
Contoh : Kalimah ( محياي ) dalam (ونسكي ومحياي) Surah An-A’m
*Warsh mempunyai 2 wajah bacaan (fathah,sukun) pada ya kedua dalam kalimah ( محياي ) di atas.
*7 Qura’ kecuali Nafi’ membacanya dengan baris fathah.
*Qalun membacanya dengan sukun tanpa khilaf.
*Wajah sukun pada ya dalam kalimah ( محياي ) bagi 2 anak murid Nafi’ (Qalun dan Warsh) menerangkan tentang bacaan mad alif maddi yang berada sebelumnya dengan kadar bacaan 6 harkat ketika wasol dan waqaf.



Dalil As-Syatibi :
28.وعم علا وجهي وبيتي بنوح عن لواوسواه عد أصلا ليحفلا

Penerangan :
Nafi’, Ibnu A’mir dan Hafs akan membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( وجهي ) dalam 2 ayat di bawah :
1.فقل أسلمت وجهي لله (Surah Al-Imran)
2. انى وجهت وجهى للذى (Surah An’am)
Selain mereka akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

*- ولمن دخل بيتي مؤمنا (Surah Nuh)
Nafi’ akan mensukunkan ya tersebut.

*Hafs, Nafi’ dan Hisham membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( بيتى ) dalam ayat :
1.أن طهرا بيتى للطآءفين (Surah Baqarah)
2.و طهر بيتى للطآءفين (Surah Haj)
Baqi Qura’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

Dalil As-Syatibi :
29.و مع شركائي من ورائي دونوا ولي دين عن هاد بخلف له الحلى

Penerangan :
Ibnu Kathir membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( شركائي ) dan ( ورائي ) dalam surah :
-أين شركآءى قالوا ءاذناك (Surah Fussilat)
- و اني خفت المولى من ورآءى (Surah Maryam)
Baqi qura’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.
*Nafi’, Hisham dan Hafs membaca ya pada kalimah ) ولي دين ) dengan baris fathah dalam Surah Kafirun Qaulan Wahidan. Bazzi pula mempunyai 2 wajah ( fathah dan sukun) pada kalimah tersebut.

Dalil As-Syatibi :
30.مماتي أتي أرضي صراطي ابن عامر وفي النمل ملي دم لمن راق نوفلا

Penerangan :
*Nafi’ membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ini :( ومماتي لله رب العلمين ) Surah An’am
Qura’ lain akan mensukunkan ya pada kalimah tersebut.

*-وأن هذا صرطي مستقيما (Surah An’am)
-وأن أرضى وسعة (Surah Ankabut)
Nafi’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

*مالى لآأرى الهدهد (Surah Naml)
Nafi’ akan mensukunkan ya tersebut.

Dalil As-Syatibi :
31. ولي نعجة ما كان لي اثنين مع معي ثمان علا والظلة الثان عن جلا

Penerangan :
Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam :
-ولى نعجة (surah Sad)
-وما كان عليكم (Surah Ibrahim)
-ما كان لى من علم (Surah Sad)
Dan pada perkataan ( معي ) dalm 8 tempat di bawah :
-فأرسل معى بنى اسرآءيل (Surah A’raf)
-معى عدوا (Surah Taubah)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-هذا ذكرمن معى وذكرمن قبلى (Surah Anbia)
-ان معى ربى سيهدين (Surah Syu’ara)
-معى ردءا يصدقنى (Surah Qisas)
Qura’ lain akan mensukunkan ya pada 8 tempat tersebut. Hanya Warsh dan Hafs akan membaca ya yang berada pada tempat kedua di atas dengan baris fathah.

Dalil As-Syatibi :
32.ومع تؤمنوا لي يؤمنوا بي جاويا عبادي صف والحذف عن شاكر دلا

Penerangan :
Warsy membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat di bawah:
-وليؤمنوا بى لعلهم يرشدون (Surah Baqarah)
-وان لم تؤمنوا لى فاعتزلون (Surah Ad-Dukhan)
Qura’ lain akan membacanya dengan sukun.

Wajah-wajah qura’ dalam ayat : ( يعباد لاخوف عليكم اليوم)
*Nafi’ bersama Abu A’mru dan Ibnu A’mir mendatangkan ya sakinah ketika waqaf dan wasol.

Dalil As-Syatibi :
33.وفتح ولي فيها لورش وحفصهم ومالي في يس سكن فتكملا

Penerangan :
*Warsh dan Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam) ولي فيها مآرب أخرى ) Surah Taha. Ya tersebut akan dibaca dengan sukun oleh selain daripada mereka berdua.
*Hamzah mensukunkan ya dalam ( وما لى لآ أعبد ) Surah Yaasin, selainnya (termasuk Imam Nafi’) akan membaca ya tersebut dengan baris fathah.

Published by:
Fahim Abd Razak

باب ياء الزوائد

Bab Huruf Ya Zawaid
دونك ياءات تسمى زوئدا لأن كن عن خط المصاحف معزلا

Penerangan :

Definisi Ya’at Zawaid : ya zawaid adalah huruf ya yang ditambah di hujung sesuatu perkataan dalam resam Mushaf Uthmani.

4 perbezaan diantara ya Zawaid dan ya Idhafah :
1. Ya’at zawaid hanya terdapat di dalam isim dan fiil (kata nama + perbuatan )
Contoh isim : الداع - الجوار
Contoh fiil : يأت – يسر
Manakala Ya Idhafah boleh dijumpai dalam isim, fiil dan huruf.

2. Ya’at zawaid tidak ditulis dalam resam uthmani berbanding ya’at izafah yang tetap dalamnya.

3. Khilaf yang selalu diutarakan dalam bab ya’at zawaid adalah mengenai : hazaf dan isbat ( pembuangan dan penambahan ) manakala dalam ya’at Idhafah membincangkan tentang pembacaan huruf ya dengan baris sukun atau fathah.

4. Ya’at zawaid ada 2 jenis :
• Ya’at zawaid asli : adalah huruf ya yang datang dari kalimahitu sendiri.
Contoh : المنادئ – يوميأت
• Ya’at zawaid za’idah : huruf ya yang ditambah pada sesuatu kalimah dan bukannya dari kalimah asli itu sendiri.
Contoh : وعيد – نذر
Ya’at zawaid dinamakan sebagai ya zaidah kerana penulisannya tiada dalam mushaf. Ya’at izafah adalah ya’ yang ditambah semata-mata dan bukannya ya’ yang asli.


Kaedah-kaedah umum bagi mazhab qura’ dalam menambah atau membuang ya’at zawaid:

1. Apa yang akan disebutkan tentang Ibnu Kathirdalam bab ini ( bab ya’at zawaid ). Beliau menambahkan ya’ dalam keadaan wasal dan waqaf.

2. Hisyam menambah pada tempat yang telah ditambah ya oleh Ibnu Kathir dalam kedua-dua keadaan wasal dan waqaf dengan khilaf.

3. Hamzah menambah apa yang telah ditambah oleh Ibnu Kathir dari ya’ dalam keadaan wasal. Beliau menghazafkan ya’ ketika waqaf kecuali pada kalimah
قال أتمدونن بمال beliau menambah ya’ dalam kedua-dua keadaan.

4. Abu ‘Amru, Nafi’ dan Kisae menambah ya’ mengikut apa yang ditambah oleh Ibnu Kathir dalam keadaan wasal dan menghazafkannya katika waqaf.

5. Baki Qura’menghazafkan ya’ dalam kedua-dua keadaan kecuali pada sesetengah kalimah.
Keseluruhan jumlah ya’ zawaid dalam bab ini ada 62.


Published by: Hazwan