(باب أحكام النون ساكنة و التنوين)

Bab hukum nun sakinah dan tanwin.
• Para qurra’ bersepakat mengidghamkan tanwin dan nun sakinah dan tidak dengung pada huruf lam dan ra.

• Dan bersepakat para qurra’ dengan mengidghamkan nun sakinah dan tanwin pada 4 huruf iaitu huruf ya, wau, mim dan nun serta mendengungkannya.

• Kecuali pada Khalaf juga Hamzah yang mengidghamkan hanya pada huruf mim dan nun dan membaca secara tidak dengung pada huruf ya dan wau.
• Syarat untuk membaca secara dengung pada huruf idgham ialah pada dua kalimah yang mana awal perkataan terdapat huruf-huruf idgham. Jika terjadi pada satu kalimah, maka tidak akan dibaca secara dengung contoh:
- صِنْوَانٌ
- قِنْوَانٌ
- بُنْيَانٌ
- الدُنْيَا
• Dan perkataan-perkataan ini dinamakan Izhar Mutlak.
• Bersepakat para qurra’ mengizharkan nun sakinah dan tanwin ketika bertemu nun sakinah dan tanwin dengan 6 huruf halqi iaitu: hamzah, ha, kha, ‘ain, ghain, dan ha.

• Bersepakat para qurra’ membaca dengan Iqlab ketika nun sakinah dan tanwin bertemu dengan huruf ba.

• Bersepakat para qurra’ membaca secara ikhfa’ iaitu membaca dengan menjaga dengung apabila bertemu dengan huruf-huruf yang selain dari huruf yang disebutkan di atas iaitu sebanyak 15 huruf dan dinamakan hukum ini sebagai Ikhfa’ Hakiki. Huruf-hurufnya ialah sad, dzal, kaf, jim, tho, zai, fa, ta, syin, qaf, sin, dal, tsa, dhad dan zho.


Published by:
Abdul Hakim

0 comments: