(باب اللامات)

Bab Huruf-huruf Lam
- Warsh membaca pada semua huruf lam yang berbaris fathah secara taghliz (tebal), sama ada ianya bersyaddah atau tidak bersyaddah, mutawassitah atau mutatharrifah, dengan syarat seebelum huruf lam yang itu mestilah mempunyai huruf ظ ,ط ,ص dan 3 huruf ini mestilah berbaris fathah atau sukun contoh:
*ظَلَّ
إصْلَاحٌ*
مُعَطَّلَة

- Dan adapun huruf lam yang berbaris dhammah atau berbaris kasrah, mestilah huruf lam dibaca dengan tarqiq, (nipis).

- Adapun Khalaf mengikut Warsh pada lafaz huruf lam yang berada di hujung kalimah boleh dibaca dengan 2 wajah iaitu secara nipis dsan tebal tetapi membaca secara tebal adalah lebih utama.

- Tidak ada khilaf pada bacaa para qurra’ termasuk Imam Nafi’, Qalun dan Warsh bahawa jika Lafzul Jalalah (الله), dan huruf sebelum huruf lam itu berbaris kasrah dibaca dengan nipis.


- tetapi jika sebelumnya berbaris dhammah, dan juga berbaris fathah, Lafzul Jalalah hendaklah dibaca dengan tebal.

0 comments: