المقدمة

MUQADDIMAH

بسم اللــه الرحمــن الــرحيم


Segala puji bagi Allah, tuhan yang telah mentadbir alam ini dengan sebaik-baik perancangan. Segala puji bagi Allah juga, tuhan yang telah memberi kami hidayah dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan kami dalam memperjuangkan agama-Nya di bumi INSANIAH yang penuh dengan barakah.

Sesungguhnya manusia selalu mencari ketenangan dan kedamaian dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Mereka cuba untuk mendapatkannya dengan hiburan, permainan, pembacaan dan sebagainya. Namun ketenangan yang di cari datang dan pergi. Sebenarnya jiwa mereka kosong tanpa cahaya keimanan.

Al-Quran diturunkan sebagai penyembuh duka, pengubat luka dan penghibur hati yang lara. Membaca Al-Quran adalah hiburan nurani yang mendamaikan hati serta menjadi teman di waktu sunyi.

Al-Quran tidak menjadi usang meskipun di ulang-ulang. Keajaibannya tidak pernah habis dan bangsa jin ketika mendengarnya mengatakan “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan, yang memberi petunjuk ke jalan yang benar, kemudian kami beriman kepadanya”.

Sesiapa yang berkata berdasarkan Al-Quran, maka dia berkata benar. Sesiapa mengamalkannya, dia mendapat pahala. Sesiapa memutuskan perkara dengannya, maka dia telah berlaku adil. Dan siapa menyeru kepadanya, dia diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Al-Quran merupakan pemisah antara yang hak dan yang batil.

Semoga kita semua beroleh keredhaan Allah dari keberkatan Al-Quran. Semoga Al-Quran juga memberi kita petunjuk dalam mencari jalan menuju kepada keredhaan Allah. Amin…

Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Salam sejahtera dan salawat buat junjungan besar Nabi muhammad S.A.W. dan sahabat-sahabat serta ahli keluarga baginda.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Muallim yang mengajar kami madah Qiraat al-ilmi, Ustaz Zaki bin Abdul Hamid yang mana dengan bantuan beliau kami dapat siapkan laman blog ini dengan sempurna. Segala tunjuk ajar beliau tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menjadikan kami anak-anak muridnya sebagai seorang yang berilmu dan seterusnya beramal dengan ilmu yang dimiliki. Segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau tumpahkan tidak mampu kami balas dengan segala isi dunia ini melainkan hanya Allah yang dapat membalasnya. Juga kepada rakan-rakan yang terlibat dalam proses penyiapan blog Qiraat ini. Kerjasama yang anda telah berikan adalah amat dihargai. Dengan siapnya blog ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk memahami dan mempelajari cara bacaan Imam nafi' serta dua anak muridnya, Qalun dan Warsh.

Khatimul kalam, sekali lagi kami persembahkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan blog ini.

Sekian, terima kasih.

بـــاب البســملة

Bab Basmalah

Bacaan Qalun (قــالون):
Qalun bersependapat dengan Kisa’i (كــساءى), ‘Asim (عــاصم), dan Ibnu Kathir (إبــن كثير) dengan membaca basmalah pada setiap antara dua surah kecuali antara Surah al-Anfal dan Surah at-Taubah.

Bacaan Warsh (ورش):
Warsh bersependapat dengan Ibnu ‘Amir (إبـن عـــامر ) dan Abu ‘Amru (أبو عمـرو) dengan membaca Basmalah pada tiga jenis bacaan:
1. Membaca basmalah kecuali antara Surah al-Anfal dan at-Taubah.
2. Menyambung bacaan tanpa basmalah.
3. Berhenti tanpa nafas (ســكتــة) dan tanpa membaca basmalah.

Namun, tiada nas yang sahih yang menyatakan tiga qurra’ ini membaca seperti tiga jenis bacaan di atas. Tetapi ini adalah ikhtiar yang terbaik yang dibuat oleh para qurra’
Walau bagaimanapun, kaedah saktah ini telah dipilih dan lebih diutamakan sebagai peringatan akhir ayat di setiap surah.

Published by:
Nasiruddin.

باب الإستــــعــاذة

Bab Isti’azah

Jenis-jenis bacaan Isti’azah

1. أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم

2. أَعُوذُ بِاللهِ السَمِيــعِ العَلِيمِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم

3. أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَـان

Bacaan Nafi’:
1. Membaca dengan perlahan pada seluruh tempat di dalam al-Quran. Namun, tiada rumus yang sahih dalam kalangan qurra’ untuk membaca al-Quran secara perlahan atau kuat kecuali dalam beberapa hal.

2. Sunat membaca perlahan ketika:
Ketika seorang qari hendak membaca al-Quran secara perlahan sama ada ketika berseorangan atau berjemaah.
Ketika hendak membaca dalam solat yang bacaannya kuat atau perlahan, sama ada menjadi imam atau makmum.
Ketika di tempat sunyi sama ada membaca al-Quran dengan kuat atau perlahan.
Ketika hendak bertadarus al-Quran secara berjemaah dan bukan orang yang memulakan bacaan.


3. Selain daripada empat tempat berikut, sunat membaca ta’awwuz dengan kuat.


4. Jika terhenti bacaan al-Quran seorang qari disebabkan perkara-perkara yang mendatang sama ada dalam bentuk percakapan (yang berkaitan dengan al-Quran) atau bentuk darurat seperti batuk atau bersin, maka tidak perlu diulang bacaan ta’awwuz.

5. Jika terhenti bacaan qari disebabkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan bacaan al-Quran, maka hendaklah diulang bacaan ta’awwuz.


6. Wajah-wajah bacaan ta’awwuz bersama basmalah(بســـملة) berserta awal surah.
1. Memutuskan bacaan isti’azah dengan basmalah dan memutuskan dengan awal surah. (قطـــع الجميع)
2. Memutuskan bacaan isti’azah dengan basmalah, kemudian menyambung bacaan basmalah dengan awal surah.
3. Menyambung bacaan isti’azah dengan basmalah, kemudian memutuskan bacaan basmalah dengan awal surah.
4. Menyambung bacaan isti’azah dengan basmalah serta awal surah.
(وصــل الجميع)

7. Jika hendak membaca ta’awwuz tanpa basmalah dengan dua cara:
1. Memutuskan isti’azah dengan permulaan ayat.
2. Menyambung isti’azah dengan permulaan ayat.

باب سورة أمِّ القرأن

Bab Surah Ummi Al-Quran

Bab ini menerangkan tentang khilaf-khilaf para Imam Qurra’ pada bacaan di awal surah Al-Fatihah. Pada bab ini, kami hanya membincangkan kaedah atau bacaan Imam Nafi’ dan 2 orang muridnya iaitu Qalun dan Warsy.
1. Dalam bab ini juga, bacaan Imam Nafi’ sama (tergolong) dengan bacaan baki Qurra’ lain kecuali Imam Aa’shim dan Kisa’i pada ayat 4, surah Al-Fatihah (يوم الدين ملك( dengan menghilangkan huruf mad (alif kecil) pada huruf mim.

2. Pada ayat ke 7((أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالّين terdapat perbezaan bacaan antara Qalun dan Warsy.

-Bacaan Qalun: Boleh membuat pilihan sama ada hendak baca secara
shilah (mad) ataupun sukun pada huruf mim di
perkataan عليهم.
-Bacaan Warsy: Membaca secara shilah mim jamak dengan kadar 6
harkat dengan syarat selepasnya berjumpa dengan
hamzah qata’.
Contoh ayat: ( حُرِّمَتْ عَلَيكُم أُمَّهتُكُم )

Peringatan : Apabila selepas mim jamak ada huruf selain hamzah qata’, maka bacaan Warsy sekaligus tidak boleh di dhammahkan (baris depan) ataupun shilah.

3. Jika menjumpai mim jamak yang sebelumnya huruf sukun, semua Qurra’ akan mendhammahkan mim dan menyambung bacaan tanpa shilah dan mad.

4. Jika menjumpai huruf mim sebelum sukun dan sebelum huruf mim ialah huruf ha’, dan sebelum huruf ha’ ialah ya’ sakinah atau huruf maksur (baris bawah) maka Imam Nafi’ akan baca sama dengan baki Qurra’ kecuali Abu Amru, Hamzah dan Kisa’i iaitu dengan memaksurkan ha’ dan mendhammahkan mim ketika washal serta memaksurkan ha’dan mensukunkan mim ketika waqaf.

Published by:
Abdul Hakim.

باب الادغام الكبير

Bab Idgham Kabir

Makna Idgham Kabir :
- Pada bahasa: Memasukkan.
- Pada istilah : Membaca 2 huruf dalam 1 bacaan yang bersyaddah.

Idgham terbahagi kepada 2:
- Besar : Mempunyai 2 huruf yang berbaris.
- Kecil : Mempunyai huruf pertama yang bertanda (sukun) dan huruf kedua berbaris.

Sebab-sebab idgham :
- Tamassil (التماثل ) : Mempunyai kedua-dua huruf yang sama.
- Tajannis ( التجانس): Mempunyai 2 jenis huruf yang sama.
- Taqarrub ( التقارب ) : Mempunyai 2 huruf yang hampir sama makhrajnya tapi tidak pada sifatnya.

Imam-imam Qiraat yang terlibat dalam idgham kabir ialah Abu Amru dan As-Sussi.
Bagi Ad-Duri, beliau mengidzharkan bacaan tanpa idgham termasuk baki Qurra’ yang lain, termasuklah Imam Nafi’.

Contoh bagi Imam Abu Amru dan As-Sussi yang mengidghamkan dua huruf yang sama dalam satu ayat: (منسِكَكُم) kepada ( منسِكُّم ).

Published by:
Ahmad Hibatul Wafi.

باب ادغام الحرفين المتقاربين والمتجانسين في كلمة وفي كلمتين

Bab Idgham Harfain Mutaqaribain Mutajanisain
Pada Satu Kalimah Dan Dua Kalimah

Dalam bab idgham ini (pada satu kalimah), kaedah atau bacaan Imam Nafi’ dan dua orang anah muridnya, Qalun dan Warsy sama seperti para imam qurra’ lain kecuali As-Sussi. Kaedahnya ialah dengan tidak mengidhgamkan huruf qaf (ق) ke dalam huruf kaf (ك) malah mengidzharkannya.
Contoh : يرزقكم - واثقكم -خلقكم

4 tempat larangan bagi idgham ini (dua kalimah):
- Jika huruf pertama bertanda tanwin.
Contoh :في ظلمت ثلث
- Jika huruf pertama membawa maksud ta’ khitab (anta/awak).
Contoh : خلقت طينا
- Jika huruf pertama bertanda sukun.
Contoh : ولم يؤت سعة مّن المال
- Jika huruf pertama bertanda tasydid.
Contoh : أشدّ ذكرا
Maka wajib idzhar bagi semua Qurra’ termasuk Imam Nafi’ dan anak muridnya.
Bab ini banyak menampilkan kaedah dan bacaan As-Sussi kerana bacaan beliau banyak yang tidak menyamai bacaan imam-imam yang lain.

Published by: Fahmi

هاء الكناية

Bab Huruf Ha Kinayah.

MAKSUD هاء الكناية : ه yang merupakan kata ganti nama ketiga, yakni orang atau sesuatu
yang ghaib, tidak ada di depan mata.
Cara bacaan Imam Nafi’

1. Jika huruf sebelum huruf ه tersebut berbaris dan huruf selepasnya sukun; Imam Nafi’ baca tanpa صلة (silah) dan mengizharkan bacaan.
Cnth: الملك له,الأعلى ربه

2. Jika huruf ه tersebut terletak di antara 2 huruf yang sukun; Imam Nafi’ juga membacanya dengan tanpa silah.
Cnth: اسمه منه, القرءان فيه

3. Jika huruf ه tersebut berada di antara 2 huruf berbaris, Imam Nafi’ membacanya dengan
silah sekadar 2 harakat.
Cnth: لسانك به, جمعه وقرءانه
a. Kecuali apabila selepas ه tersebut adalah hamzah Qata’ (أ), ia sudah tertakluk kepada cara bacaan Mad Munfasil.
Contoh: يره أحد

4. Jika huruf sebelum huruf ه tersebut sukun manakala huruf selepasnya berbaris; Imam Nafi’ membacanya tanpa silah.
Cnth: فيه هدى ,اجتباه وهدى


Bacaan bagi Kalimah-kalimah tertentu dalam Al-Quran.
1.
• يؤده اليك ( 2 tempat dalam surah Ali Imran )
• نوله ما تولى ونصله جهنم ( surah An Nisa’ )
• ومن يرد ثواب الدنيا نؤته منها ومن يرد ثواب الأخرة نؤته منها ( surah Ali Imran )
• ومن كان يريد حرث الدنيا نؤته منها ( surah As Syura )
Cara bacaan:-
a. Qalun baca dengan tanpa silah dengan ه berbaris bawah.
b. Warsh pula membacanya dengan silah dan juga dengan ه berbaris bawah.

2. اليهم فألقه ( Surah An Naml )
a. Qalun membaca kalimah ini dengan ه berbaris bawah dan tanpa silah.
b. Warsh pula membacanya dengan silah dan dengan ه berbaris bawah. Kadar harkat silah tertakluk kepada cara bacaan imam ini dalam bab Mad Munfasil.

3. ويتقه فأولئك ( Surah An Nur )
a. Qalun membaca kalimah ini dengan ق dan ه berbaris bawah serta tanpa silah.
b. Warsh pula membacanya dengan ق berbaris bawah dan juga ه berbaris bawah berserta silah sekadar 2 harkat.



4. يأته مؤمنا ( Surah Taha )
a. Qalun mempunyai 2 cara bacaan pada membaca kalimah ini; Pertama dengan هberbaris bawah serta tanpa silah. Kedua pula ه berbaris bawah dengan silah sekadar 2 harkat.
b. Manakala Warsh pula membacanya dengan ه berbaris bawah berserta silah sekadar 2 harkat.

5. وان تشكروا يرضه لكم( Surah Az Zumar )
a. Imam Nafi’ membaca kalimah ini dengan ه berbaris depan tanpa silah. Begitu juga dengan 2 orang perawinya; Qalun danWarsh.

6. خيرا يره شرا يره ( Surah Az Zalzalah )
a. Imam Nafi’ membaca kalimah ini dengan ه berbaris depan berserta silah sekadar 2 harkat. Begitu juga dengan 2 perawinya; Qalun dan Warsh.


7. أرجئه ( Surah Al A’raf dan Surah As Syu’ara’ )
a. Imam Nafi’ berserta Qalun dan Warsh membaca kalimah ini dengan tidak membunyikan hamzah (ء) serta هberbaris bawah.
> Disebabkan هdibaca dengan berbaris bawah, ada perbezaan di antara Qari Qalun dan Warsh dari segi panjang harkatnya, iaitu:-
> Qalun membaca tanpa silah, yakni tanpa harkat. Manakala Warsh pula membacanya dengan silah sekadar 2 harkat.

Originally completed by:
ADIB MAHMUD BIN MOHD SAGIR

باب المد و القصر

Bab mad dan Qasar

Mad
Pada bahasa: Pertambahan
Pada Istilah: Memanjangkan suara dengan salah satu daripada Huruf Mad ataupun Huruf Lin.

Huruf mad ( ( و ) , ( ا , ( ي ).
- Alif sebelumnya fathah. – قَالَ
- Wau sebelumnya dhammah – يَقُولُ
- Ya sebelumnya kasrah – قِيلَ

Mad terbahagi kepada dua:
- Mad Asli (مد أصلي)
Terjadi sebab adanya huruf mad dengan syarat ada hamzah atau sukun selepasnya. Mad asli juga dikenali sebagai Mad tabi’i. Dibaca dengan kadar 2 harakat.

- Mad Far’i (مد فرعي)
Ialah huruf mad yang bertemu dengan dengan huruf hamzah ( ء ) atau huruf sukun.
Mad far’i yang bertemu dengan huruf hamzah ada 3 jenis:

1. Mad Munfasil – berlaku apabila bertemu Huruf Mad dengan huruf hamzah dalam dua kalimah.
(وأمره إلى اللـه)-
Hukum: Diharuskan panjang.
Mazhab Nafi’ pada mad munfasil:-
Qalun – 2 atau 4 harakat
Warsh – 6 harakat

2. Mad Muttasil – berlaku apabila bertemu Huruf Mad dengan dengan huruf hamzah pada satu kalimah.

-(عن سوء)

Hukum: Wajib dipanjangkan.
Mazhab Nafi’ pada mad muttasil:-
Qalun: 2 harakat
Warsh: 2,4 atau 6 harakat.
*Pengecualian:
pada huruf hamzah yang hak seperti:
فتلقى ءآدم
ataupun yang ditashilkan seperti:
جآء ءآل فرعون
ataupun yang Ibdal seperti:
هؤلاء ءالهة
ataupun yang Naqal seperti:
من الأولى

Pengecualian bagi Warsh untuk 4 atau 6 harakat ada 3 usul:
1. Terdapat huruf yang sukun sebelum huruf hamzah dalam satu kalimah: القرءآن
2. Berlaku pada huruf alif yang selepas huruf hamzah iaitu tanwin pada waqaf: دعآء, ندآء
3. Apabila datang huruf mad selepas Hamzah Wasal.
Maka pada 3 usul ini bagi Warsh hanya dibaca 2 harakat.

Namun terdapat dua kalimah yang dikecualikan iaitu:
Satu kalimah: يؤاخذكم
Dua kalmiah: إسراءيل
Hukumnya 2 harakat bagi Warsh.
Pada kalimah الآن – 2 wajah bagi Warsh.
1. 2 harakat sahaja pada alif yang selepas huruf Lam.
2. 4 atau 6 harakat ketika badal.

Berkata Rahimahullah pada kalimah الآن dalam Surah Yunus ada tujuh wajah ketika wasal.
1. Ibdal huruf hamzah wasal 6 harakat kemudian tashil
2. Ketika waqaf bagi Warsh ada sembilan wajah, bersama Warsh ialah Qalun:
- Ibdal huruf hamzah wasal 6 harakat berserta 2,4 atau 6 harakat pada mad badal selepas huruf lam.
3. Dipendekkan (Taqsir) huruf hamzah wasal dengan 2 harakat dan baginya 3 wajah pada mad badal yang selepas huruf lam.
4. Tashil huruf hamzah wasal dengan 3 wajah pada mad badal yang selepas huruf lam maka ianya menjadi 6 wajah.
Dan bagi Qalun ada 3 wajah sahaja.
1. Ibdal huruf hamzah wasal 6 harakat
2. Atau 2 harakat
3. Atau tashil dan daripadanya 2 harakat pada mad badal selepas huruf lam.

Pada kalimah kedua (عادًا الأولى) berbeza padanya bagi Warsh.
1. 2 harakat sahaja dan wajah ini Iqtisar keatas Imam ad-Dani pada kitab Al-jami’
2. 2,4 atau 6 harakat yang disebut imam ad-Dani pada kitab at-Taisir.

Jenis kedua daripada mad far’i ketika waqaf keatas sukun.
1. Sukun Asli 2. Sukun ‘Arid
Maka sukun asli terdapat ketika wasal dan waqaf dan terjadi mad dengan sebab mad yang lazim yang demikian itu daripada mad yang sebelum sukun.
Maka disebut mad lazim:-
1. Mad Lazim Kalimi 2. Mad Lazim Harfi

1. Mad Lazim Kalimi

Pengenalan: apabila datang selepas huruf mad ketika waqaf dan wasal pada sati kalimah. Mad lazi Kalimi terbahagi kepada 2:
1. Musaqqal (مثقل)
Apabila datang selepas huruf itu ialah huruf yang bersyaddah
- ولا الضآلين / الحآقة

2. Mukhaffaf (مخفف)
Apabila datang huruf mad selepas huruf yang sukun sahaja
- محياي / الآن
Hukumnya; Dibaca 6 harakat bagi Qalun ketika wasal dan waqaf.

2. Mad Lazim Harfi
Berlaku ketika huruf mad yang terdapat huruf-huruf pembukaan surah bertemu dengan sukun asli dan huruf sukun tersebut diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.
(السين / اللام / الكاف / القاف)
Dan mad lazim harfi terbahagi kepada 2:
1. Musaqqal (مثقل)
Dinamakan musaqqal kerana huruf sukun selepas huruf mad tersebut diidghamkan kedalam huruf selepasnya.
- الم / طسم

2. Mukhaffaf (مخفف)
Dinamakan mukhaffaf kerana huruf sukun selepas huruf mad tersebut diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.
- حم / ن / ق.

Tetapi ada dua wajah pada huruf ‘ain (ع) dalam kalimah (كهيعص) dan ( حم عسق) bagi semua qurra’.
1. 4 harakat kerana berlaku pada huruf ain mad lin.
2. 6 harakat lebih afdal dari 4.

طه – Qalun membaca 2 harakat kerana daripadanya huruf hijaiyyah hanya dua huruf.

Pada awal surah Ali Imran (الم اللـه...)
1. Mad 6 harakat.
2. Membariskan huruf mim dengan fathah pada kadar 2 harakat.

الم أحسب)) bagi Warsh ada 2 wajah ketika wasal iaitu naqal harakat ke 4 ke kepada huruf mim adapun ketika waqaf, Warsh bersama qurra’ lain.

An-Nazim menyatakan mad lin ada dua jenis:
1. Mad Lin Mahmuz – apabila berlaku hurf ya atau wau yang sukun dan sebelumnya baris fathah dan selepasnya huruf hamzah.
- سوءه, كهئة.
Bagi Warsh ada dua wajah iaitu 4 harakat dan 6 harakat ketika wasal dan waqaf.
Dan bagi qurra’ lain bersyarat iaitu jika berlaku huruf hamzah pada akhir kalimah sahaja dan bagi mereka ada 3 wajah: 2,4 atau 6 harakat.
2. Warsh bersependapat dengan baqi qurra’ untuk tidak membaca dengan 2, 4 dan 6 harakat jika tiada huruf hamzah seperti خوف, بيت.

Warsh pada kalimah (سوءاتهما) ada 4 wajah.
1. 2 harakat pada huruf wau dan 2 harakat pada badal.
2. 2 harakat pada huruf wau dan 4 harakat pada badal.
3. 2 harakat pada huruf wau dan 6 harakat pada badal.
4. 4 harakat pada huruf wau dan 4 harakat pada badal.

Dan bersepndapat dengan Warsh ialah ahli ada’ keatas memendekkan 2 harakat pada huruf wau yang pertama yang selepas huruf mim pada kalimah الموءودة dan موئلا.
Dan makdud dengan memendekkan huruf wau pada 3 kalimah ini الموءودة, موئلا, dan سوءات yang berbunyi dengan huruf wau selain dari mad mutlak seperti bunyi huruf wau pada فوقكم.

Published by:
Zamakhshari

باب همزتين من كلمة

Bab dua huruf hamzah pada satu kalimah

Apabila bertemu 2 huruf hamzah qat’i dalam satu kalimah maka huruf hamzah yang pertama hendaklah berbaris fathah selamanya dan huruf hamzah yang kedua berbaris fathah:
- ءأنذرتهم
Nafi’ mentashilkan huruf hamzah yang kedua yang berbunyi antara huruf hamzah dan huruf ha.
- Jika kasrah: أءذا
Ditashilkan di antara huruf hamzah dan huruf ya apabila kasrah
- Jika dhammah: أؤنبئكم
Ditashilkan di antara huruf hamzah dan huruf wau apabila dhammah.

- Warsh membaca pada huruf hamzah yang kedua daripada dua fathah maka diriwayatkan oleh ahli mesir hendaklah ditukarkan kepada huruf mad yang sesuai dengan kadar 6 harakat jika selepasnya huruf berbaris sukun contohnya: ءآنذرتهم yang sesuai dengan kadar 2 harakat jika selepasnya terdapat huruf yang berbaris contohnya: ءَأَلِدَ

- Nafi’ membaca huruf hamzah yang pertama dengan bacaan biasa dan mentashilkan huruf hamzah kedua. Warsh pula menukarkan huruf hamzah yang kedua dengan huruf mad yang sesuai dengan bacaan 6 harakat.


- Baki qurra’ kecuali Ibnu Kathir, Hisham, dan Ibnu Zakwan membaca huruf hamzah yang pertama dengan bacaan yang biasa contohnya: أذهبتم طيباتكم

- Baki qurra’ kecuali Hamzah, Syu’bah dan Ibnu Amir membaca dengan satu hamzah. - أن كان ذا مال وبنين


- Baki qurra’ kecuali Ibnu Kathir membaca dengan satu hamzah contohnya: أن يؤتى أحد مثل ما أوتيتم

- Baki qurra’ termasuklah Nafi’ membaca huruf hamzah yang pertama dengan bacaan biasa dan mentashilkan huruf hamzah yang kedua pada 3 tempat. Salah satunya: آمنتم

- Apabila terletaknya huruf hamzah wasal diantara huruf lam ta’rif sakinah dan huruf hamzah qat’i, maka setiap qurra’ akan menukarkan huruf hamzah wasal dengan huruf mad yang sesuai dengan bacaan 6 harakat. Ini lebih utama.

- Boleh ditashilkan huruf hamzah yang kedua dengan diqasarkan iaitu tanpa mad yang asal untuk setiap qurra’. Ini terdapat pada 6 tempat iaitu:
1. آلذكرين, 2 (سورة الأنعام)
الآن, 2 (سورة يونس) .2
آللـه أذن لكم , (سورة يونس) .3
آللـه خير أما يشركون, (سورة النمل) .4
Syarah:
- Maksud mad di sini ialah memasukkan huruf alif mad dengan kadar 2 harakat diantara dua huruf hamzah yang berbaris fathah dan antara huruf hamzah yang berbaris fathah dan kasrah.

- Ahli sama’ termasuklah nafi’ membaca dengan mentashilkan huruf hamzah kedua dari lafaz أئِمة pada lima tempat. Ahli sama’ menukarkan huruf hamzah kedua kepada huruf ya pada kalimah tersebut.

- Qalun memasukkan huruf hamzah pada bacaan pertama contohnya: أؤنبئكم.

- Pada lafaz أءنزل pada surah Shaad dan pada lafaz أءلقي pada surah Al-Qamar ditashilkan huruf hamzah kedua dengan memasukkan huruf alif pada sebelumnya.

Published by:
Hazwan Hassan

باب الهمزتين من كلمتين


(Bab 2 huruf hamzah dalam 2 kalimah)

Qalun dan Bazzi ikut Abu Amru ke atas menggugurkan hamzah pertama pada 2 baris fathah.
-جاء أحدكم dibaca dengan 2 harakat dan 4 harakat pada huruf alif yang sebelumnya menjadi جاأحدكم
-Qalun dan Bazzi kedua-duanya pada huruf hamzah pertama daripada 2 hamzah yang berbaris kasrah, maka mereka akan mentashilkan di antara huruf hamzah dan huruf ya.
Contoh: هؤلاء إن .
-Kedua-dua mereka pada huruf hamzah yang pertama daripada 2 hamzah yang berbaris dhammah mentashilkan diantara huruf hamzah dan wau.

Contoh: أولياء أولئك

-وبالسوء إلا ditukar kemudian diidghamkan sebahagian daripada ahli ada’ (mereka yang menguatkan dari Qalun dan Bazzi)
Qalun dan Bazzi akan menukarkan huruf hamzah yang pertama kepada huruf wau kemudian diidhamkan huruf wau yang pertama yang sebelumnya pada lafaz وبالسُوءِ إلا رحم ربي kepada kalimah وبالسوِّإلا.


Daripada mereka yang bermazhab Warsh dan Qunbul, pada huruf hamzah yang kedua daripada dua huruf hamzah yang berturut-turut pada 1 harakat dalam 2 kalimah dibaca 2 wajah:
1.Dibaca jelas (tahqiq) pada huruf hamzah yang pertama dan tashil pada huruf hamzah yang kedua. Jika berbaris:
Fathah, tashil antara huruf hamzah dan alif
Kasrah, tashil antara huruf hamzah dan ya
Dhammah, tashil antara huruf hamzah dan wau.

2.Membaca secara jelas pada huruf hamzah yang pertama dan tukarkan huruf hamzah yang kedua kepada huruf mad yang sesuai dengan baris dan hukumnya.
Jika selepas huruf hamzah yang kedua terdapat huruf yang berbaris sukun, maka setelah ditukarkan huruf mad dibaca dengan kadar 6 harakat.
Contohnya: جاء أمرنا



3.Pada wajah ketiga oleh Warsh, 2 huruf hamzah daripada 2 kalimah هؤلاء إن dalam Surah al-Baqarah dan kalimah على البغاء إن,

Warsh membaca dengan 3 wajah untuk هؤلاء إن:

1.Mentashilkan hamzah yang kedua.

2.Menukarkan huuruf mad yang sempurna dengan kadar 6 harakat.

3.Menukarkan kepada huruf ya yang berbaris kasrah tanpa huruf mad.



Dan 4 wajah bagi على البغاء إن:
Menukarkan huruf hamzah yang kedua kepada huruf mad dengan kadar 2 harakat dengan huruf nun dibariskan dengan baris kasrah pada kalimah إن selepas dipindahkan keatasnya.


Pada kalimah للنبي إن أراد pada surah al-Ahzab, Warsh membaca dengan 3 wajah:
1.Huruf hamzah pertama dibaca secara tahqiq dan huruf hamzah yang kedua ditashilkan.
2.Huruf hamzah yang pertama dibaca secara tahqiq dengan huruf hamzah yang kedua ditukarkan kepada huruf ya yang sempurna dengan kadar 6 harakat.
3.Huruf hamzah yang pertama dibaca secara tahqiq dan ibdalkan (gantikan) huruf hamzah yang kedua dengan huruf ya yang sempurna dan dipanjangkan dengan kadar 6 harakat.

Pada kalimah من النساء إن اتقيتن, bagi warsh dan Qunbul membaca dengan wajah ketiga sahaja daripada sepertimana kalimah للنبي إن أراد.

Pada kalimah فلما جاء ءال لوط dan ولقد جاء ءال لوط terdapat 5 wajah yang tiga daripadanya sama seperti di atas.
-Ibdalkan huruf hamzah yang kedua dengan huruf alif dan dipanjangkan dengan 6 harakat

-Atau 2 harakat.





Published by: Salman

همز المفرد


(Huruf Hamzah Mufrad)

Hamzah Mufrad ialah hamzah tidak berhubungan sepertinya.

Pada bait awal menerangkan kaedah asas dengan warash menukarkan hamzah sakinah dengan syarat ia terletak pada kalimah. Seperti kalimah: يؤمنون



Warash akan hamzah sakinah kepada baris sesuai kepada yang sebelumnya. Seperti:

-Jika sebelumnya huruf hamzah berbaris fathah maka hamzah ditukarkan kepada huruf alif. Seperti: تألمون

-Jika sebelumnya huruf hamzah berbaris kasrah maka hamzah ditukarkan kepada huruf ya’. Seperti: المؤمنون

-Jika sebelumnya huruf hamzah berbaris dhammah maka hamzah ditukarkan kepada huruf wau. Seperti:الذي اؤتمن



Tujuh kalimah daripada jumlah iwa’, Warsh tidak menukarkan huruf hamzah seperti sebelum ini. Seperti:

مأواهم, مأواكم, فأووا, تؤوي, تؤويه, مأواه.

Jika huruf hamzah berbaris fathah selepas huruf berbaris dhammah terletak di huruf fa’ kalimah, Warsh akan menukarkan seperti:

(موَجَّلا) .(موذن) ,(يوده) ,(يوَّيد) ,



Jika menjumpai huruf hamzah yang terletak pada aina kalimah, maka Warsh tidak akan menukarkannya seperti:

فؤادك, بسؤال, نعجتك.

Atau menjumpai huruf hamzah berbaris dhammah selepas huruf yang atas, maka Warsh tidak menukarkan juga. Seperti kalimah:

تؤُزُهم

Warsh dan Susi menukarkan huruf hamzah kepada huruf ya’ mad asli seperti kalimah

(بئسما اشتروا), (وبئس القرار), (ولبئس المهاد), (فلبئس مثوى المتكبرين).

Pada perkataan Warsh, Kisa’I dan Susi menukarkan huruf hamzah pada tiga tempat dalam surah Yusuf. Seperti kalimah:

(وأخاف أن يأكله الذئب), (ولئن أكله الذئب), (فأكله الذئب).

Dalam kalimah ( لؤْلؤِ ) Warsh termasuk dalam baqi qura’ yang membaca seperti biasa.



Warsh tukarkan huruf hamzah kepada huruf ya’ yang berbaris fathah. Seperti kalimah

(لئلا يكون للناس عليكم حجة)

(لئلا يكون للناس على الله حجة بعد الرسل)

(لئلا يعلم أهل الكتاب)

Warsh tukarkan huruf hamzah kepada huruf ya’ kemudian huruf ya’ tersebut diidghamkan . seperti kalimah

(إنما النسئء زيادة في الكفر)

Disebutkan dalam bait 12 pada kaedah mad badal, semua qurra’ termasuk Warsh jika menjumpai 2 huruf hamzah dalam 1 kalimah dan huruf hamzah yang kedua berbaris sukun, maka mereka akan menukarkan kepada huruf mad kepada baris yang sesuai dengan apa yang sebelumnya seperti:

-Jika sebelumnya berbaris atas ditukarkan kepada huruf alif. – آدم, آمن, آتى

-Jika sebelumnya berbaris bawah ditukarkan kepada huruf ya. وأوتواْ, وأوذواْ -

-Jika sebelumnya berbaris depan ditukarkan kepada huruf wau. إيمانا, لإيلاف قريش - .




Published by: Ammar Khalil

باب نقل حركة الهمزة الى الساكن قبلها.


(Bab memindahkan baris huruf hamzah kepada sukun sebelumnya)

Warsh dalam bab Naqal ada 3 wajah:
1.Huruf yang dipindahkan itu mestilah sukun.
2.Sukun pada akhir kalimah dan hamzah pada awal kalimah.
3.Huruf yuang hendak dipindahkan itu mestilah sukun yang sahih dan bukan huruf mad.
Contoh: قَدْ أَفْلح المؤمنون dibaca قَدَ فْلح المؤمنون

تَعالَوْاأَتلdibaca تَعالَوَاَتل
Ringkasan penting:
*Warsh tidak boleh menaqalkan huruf hamzah jika sebelumnya ada mim jama’.
Contoh: حرمت عليكم أمهاتكم

*Tetapi Warsh menaqalkan pada kalimah وليحكم أهل الإنجيل kerana dalam kalimah ini bekannya mim jama’ tetapi mim fi’il yang dimajzumkan dengan sukun.
*Nafi’ dalam 2 riwayat menaqalkan huruf hamzah selepas daripada huruf lam kepada huruf lam kemudian menghazafkan hamzah kepada kalimah الآن dalam Surah Yunus.
Nafi’ bersama Abu Amru dan baki qurra’ yang lain membaca dengan idgham nun tanwin pada huruf lam contohnya: عادًا الأولى dan عادًلُّولى.
-Ketika wasal Warsh dan Abu Amru membaca seperti: عادًلُّولى.

-Ketika waqaf Warsh baca dengan 2 wajah:

Pertama: Mula dengan hamzah wasal – الولا

Kedua: Mula dengan huruf lam takrif لولى



Bait yang kesembilan:



Nafi’ memindahkan huruf hamzah kepada huruf dal sakinah dan menghazafkan hamzah contoh:

فأرسله معي رِدْءًا يصدقني dan Nafi’ membaca seperti فأرسله معي رِدًا يصدقني

Dalam kalimah كتــبيه Warsh membaca dengan 2 wajah:

1.Kekalkan huruf hamzah sakinah dan mengekalkan huruf hamzah كتــبيهِ نِّي ظننت

2.Huruf ha’ (ه) berbaris kasrah selepasnya menaqalkan huruf hamzah.



Published by: Azam

باب وقف حمزة و هشام على الهمز

BAB WAQAF HAMZAH PADA PENDAPAT HAMZAH DAN HISYAM





Imam Hamzah memudahkan (Tashil) huruf hamzah pada ketika wakaf sama ada
ditengah ataupun diakhir.

Ada
4 cara untuk mentashilkan huruf hamzah :

1)Ibdal
2)Naqal
3)Tashil Baina-Baina
4)Hazaf


(1)Ibdal :-
- Tukar hamzah sakin pada huruf mad daripada
jenis baris huruf sebelumnya sama ada hamzah
di tengah ataupun di akhir.

- بواءنا - الموءمنون - اقراء


2)
Naqal :-
- Jika hamzah itu berbaris dan sebelumnya
huruf sakin. Pindahkan baris hamzah pada
huruf yang sebelumnya itu.Kemudian hazafkan
hamzah itu.


(3)Tashil Baina Baina
- Daripada bahagian huruf hamzah ء bagi Imam Hamzah ketika waqaf iaitu memudahkan satu persatu. Bahagian ini pada Hamzah ( ء ) didahului dengan Alif ( ا ) Seperti ( الملاءكة ) ( أولىءك ) Dan Kalimah ( دعاء ونداء )








(4)Hamzah Berada Diakhir Kalimah Dan Sebelumnya
Ada Alif Ketika Wakaf Hazmah Adalah
Sakin,Kemudian Tukar Kepada Alif,Jadi
Bertemu Dua Alif,haruslah Hzaf Salah Satu
Supaya Tak Himpun Dua Alif Dan Harus juga Kekal.
Terdapat Tiga Wajah
:
1. Sebelum Hamzah Huruf Wau Yang Ditumbuh gantilah
Hamzah Dengan Wau,Kemudian Idgham Wau Pertama
Dalam Wau Kedua.
2. Sebelum Hamzah Huruf Wau Atau ya' Asli Ada Dua
Naqal Atau Ibdal Serta Idgham.





-- Hamzah Berbaris Yang Jatuh Selepas Huruf berbaris Ada 9 Bahagian :
1. Fathah Lepas Kasroh
2. Fathah Lepas Dommah
3. Fathah Lepas Fathah
4. Kasroh Lepas Dommah
5. kasroh Lepas Kasroh
6. Kasroh Lepas fathah
7. Dommah Lepas Dommah
8. Dommah Lepas fathah
9. Dommah Lepas kasroh

Imam Nafi’ tidak terlibat pada khilaf bacaan dalam bab ini.

Published by: Fahim