(باب الوقف في أواخرالكلم)

Waqaf Pada Akhir Kalimah
Waqaf dari segi :
• Bahasa : berhenti atau menahan.
• Istilah : menghentikan sementara bunyi sesuatu kata, sehingga memungkinkan
untuk bernafas,berhenti dari memberi harakat/baris pada huruf.

والاسكان أصل الوقف وهو اشتقاقه من الوقف عن تحريك حرف تعزلا

• Asal waqaf adalah sukun ( السكون )
• Ar-raum dan Al-Isymam adalah daripada cabang/wajah waqaf.

وعند أبى عمرو وكوفيون به من الروم والإشمام سمت تجملا
وأكثر أعلام القران يراهما لسائرهم أولى العلائق مطولا

• Sebahagian besar Ahlul Ada mewaqafkan dengan bacaan Ar-Raum dan
Isymam untuk seluruh Imam Qiraat.

KESIMPULAN

• Baqi Qurra’ iaitu Nafi’, Ibnu Kasir dan Ibnu Amir, walaupun tidak mempunyai nas,
namun oleh kerana sebahagian Ahlul Ada daripada mereka menggunakannya,
maka bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam masih tetap digunakan.



AR-RAUM ( الروم )
Ar-Raum ialah memperdengarkan bunyi harakat/baris huruf yang hendak diwaqafkan dengan suara lemah ketika waqaf, sehingga orang berdekatan atau bersebelahan sahaja yang memungkinkan untuk mendengarnya.
Dalil Syatibiyyahnya:

ورومك إسماع المحرك واقفا بصوت خفي كل دان تنولا

Bacaan Ar-Raum terjadi apabila:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah atau kasrah.
Bacaan Ar-Raum hanya ketika waqaf.
Hanya sepertiga bunyi huruf asal dapat didengar.
Hanya orang yang berdekatan pembaca Al-Quran dapat mendengarnya.


AL-ISYMAM ( الإشمام )
Al-Isymam ialah memucungkan kedua-dua bibir tanpa suara ketika mewaqafkan bacaan,serta merta mengiring seleas sukunnya huruf.
Dalil Syatibiyyahnya:

والإشمام إطباق الشفاه بعيدما يسكن لا صوت هناك فيصحلا
Syarat-syaratnya:
Huruf yang hendak diwaqafkan mestilah berbaris dhommah.
Huruf diwaqafkan menjadi sukun.
Memuncungkan kedua bibir tanpa suara serta merta selepas mensukunkan huruf.
Bacaan Isymam tak diketahui oleh orang yang buta.


وفعلها في الضم والرفع وارد ورومك عند الكسر والجر وصلا

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris dhommah,
seluruh Imam Qiraat mempunyai 3 wajah:
- As-Sukun
- Al-Raum
- Al-Isymam


• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris kasrah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 2 wajah:
As-Sukun
Ar-Raum

• Apabila waqaf pada suatu kata/lafaz yang huruf akhirnya berbaris fathah, seluruh
Imam Qiraat mempunyai 1 wajah/bacaan,iaitu As-Sukun.

وفي هاء تأنيث وميم الجميع قل وعارض شكل لم يكون ليدخلا
وفي الهاء للاضمار قوم أبو هما ومن قبله ضم أو الكسر مثلا
أوا ما هما واو وياء وبعضهم يرى لهما فى كل حال محللا
• Bacaan Ar-Raum dan Al-Isymam tidak boleh digunakan pada Ha’ Ta’ nis, Mim
Jama’ dan harakat yang mendatang( ‘Arid ).

1. Huruf ta taanis
a) Huruf ta marbutoh( tidak boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam)
contoh: رحمة نعمة

b) Huruf ta Taanis terbuka( boleh mengunakan Ar-Raum mahupun Al-Isymam bagi
imam yang waqaf dengan ta’ )
contoh: ورحمت – بقيت الله

2. Mim Jama’
contoh: عليكم

3. Harakat yang mendatang( ‘Arid )
contoh: فلينظر الإنسان

• Sebahagian Ahlul Ada melarang menggunakan bacaan Ar-Raum mahupun Al-
Isymam pada Ha’ Dhamir, apabila sebelumnya berupa dhommah,kasrah/ waw
sukun, ya sukun.
• Namun sebahagian Ahlul Ada yang lain tetap menggunakan bacaan Ar-Raum
mahupun Al-Isymam pada Ha’ Dhamir,dalam semua keadaan.

Published by:
Salman

0 comments: