(باب الفتح والإمالة والتقليل)


Bab Fathah, Imalah dan Taqlil
Pengertian Fathah: Membuka mulut ketika membaca atau menyebut huruf
Al-Quran.

Pengertian Imalah: Seolah-olah menyerupai bunyi hamzah dan hampir kepada bunyi
Kasrah.

Pengertian Taqlil: Peringkat pertengahan yang seumpama imalah dan
Hampir kepada bunyi fathah.

Pengertian fathah dan imalah: Pada keseluruhannya bermaksud kedua-
dua merupakan bahasa sahih diturunkan bersamanya Al-Quran.


- Imalah: Imam Nafi’, Qalun dan Warsh membaca secara tidak imalah bersama dengan semua ahli qurra’ yang lain kecuali Imam Hamzah dan Kisaei yang mengimalahkan sepenuhnya pada :

Contoh kalimah bagi isim (kata nama) bagi huruf alif ke dalam huruf ya:


الهدى تثني الهديان
مأوى تثني المأويان
الهوى تثني الهويان
مثوى تثني مسويان

Contoh Kalimah bagi fiil (kata kerja) kepada huruf ta mutakallim (penutur kata) atau mukhatab (yang dituturkan kata kepadanya):



اشترى تقول اشتريت-اشتريت
سعى تقول سعيت-سعيتو
ابى تقول ابيت-ابيتو
اجتبى تقول اجتبيت-اجتبيت


Apabila huruf alif di tukarkan kepada huruf wau maka ia tidak di imalahkan.


الصفا تقول الصفوان
عصا تقول عصو ان
سنا تقول سنوان
ابا تقول ابوان
شفا تقول شفوان


Pendapat Ahli Qura’ Mengenainya :

*Qalun bersama Ibnu Amir, Asim, dan mempunyai sedikit bacaan imalah di dalam qiraat mereka.

*Imam Warsy mempunyai pembacaan taqlil yang paling banyak didalam qiraatnya dan hanya satu tempat sahaja. Iman Warsy membaca imalah iaitu pada lafaz  (طه ) di dalam surah ( طه).


*Warsh majoritidaripada bacaannnya adalah secara Taqlil manakala Hamzah dan Kisa’i membaca secara Imalah.


0 comments: