Bab Huruf Lam Pada Kalimah Hal Dan Bal
- Berselisih Qurra’ tentang lam hal dan bal pada lapan huruf iaitu huruf yang bertemu sebelumnya lam hal dan bal. huruf-huruf ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
• Huruf yang di khususkan dengannya lam hal sahaja iaitu huruf tha’ (ث) seperti: هل ثوّب الكفّار
• 5 huruf yang di khususkan dengannya lam bal sahaja iaitu:
- Huruf Dhod (ض) : بل ضلّو
- Huruf Zho (ظ) : بل ظننتم
- Huruf Tho (ط) : بل طبع الله
- Huruf Zai (ز) : بل زيّن للّذين كفروا
- Huruf Sin (س) : بل سوّلت لكم أنفسكم
• 2 huruf yang berkongsi (makhraj) diantara lam hal dan lam bal iaitu:
- Huruf Nun (ن) :هل ندلّكم , بل نتّبع
- Huruf Ta’ (ت) :هل تعلم له سميّا , بل تأتيهم
- Dalam bab ini, mazhab Imam Nafi’ bersependapat dengan Imam Ibnu Kathir, Ibnu Zakuan dan A’shim dengan mengidzharkan lam hal dan lam bal pada seemua huruf yang lapan (diatas) yang mana berlawanan dengan Imam Kisaie yang mengidghamkan bacaannya pada semua huruf.
Prepared By:
Muhammad Nasiruddin Bin Modtrifi
باب لام هل وبل
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment