(باب مذاهب القراء في الراءات)

Mazhab Qurra’ pada Huruf Ra.
Bait 4- Pada kalimah ini ada 2 wajah bagi Warsh, (Tarqiq dan Tafkhim)
Contoh: ذكرا, سترا, وزرا, صهرا, حجرا, إمرا.
Pada ayat ini terdapat 5 cara bacaan 6 bacaan pada asalnya tetapi 1 bacaan adalah dilarang dari membacanya iaitu tawassut mad serta menipiskan bacaan huruf ra.
• يأيها الذين ءامنوا اذكروالله ذكرا كثيرا

5 wajah bacaan
- Qasar mad badal dan tebalkan huruf ra
- Tawassut mad badal dan tebalkan huruf ra
- Ishba’ mad badal dan tebalkan huruf ra
- Qasar mad badal dan nipiskan huruf ra
- Ishba’ mad badal dan nipiskan huruf ra
Bait 5
شرار (surah al-Mursalat)
- Warsh membaca secara tarqiq pada huruf ra yang pertama ketika wasal dan waqaf.
Bait 7
- Apabila datang huruf ra yang berbaris sukun dan sebelumnya huruf berbaris kasrah dalam kalimah maka tidak dapat tidak semua qurra’ menipiskan bacaan pada huruf ra:
فرعون, واصبر لحكم, ربِّك, مِريَة

Bait 8
- Semua qurra’ membaca secara tebal pada huruf ra apabila sebelum huruf ra terdapat huruf isti’la’ contoh:
• والصرات, فراق, وإعراض.
- Pada lafaz فِرْقٌ semua qurra’ membaca secara khilaf iaitu tarqiq dan tafkhim.
Bait 10
- Apabila datang huruf ra selepas huruf berbaris kasrah yang ‘arid muttasil seperti:
• امرؤ

- Apabila terdapat huruf ra berbaris sukun selepas huruf yang berbaris kasrah yang arid muttasil maka semua qurra mambaca secara tebal contoh:
• ارتابوا, ارجعي
- Warsh membaca secara tebal pada huruf ra yang masbuqah dengan kasrah munfasil sepertibaqi qurra seperti: قالت امرأة, برسول
Bait 11
- Ahli ada’ (Warsh) memtarqiqkan huruf ra apabila datang selepasnya huruf berbaris kasrah seperti: شرقية, ردف, كرسيه
Atau selepasnya huruf ya yang berbaris sukun seperti: التجرين, لبشرين
Baqi qurra membaca secara tafkhim.

Bait 13
- Para qurra’ bersependapat untuk membaca secara tarqiq pada huruf ra yang berbaris kasrah pada permulaan kalimah contoh: رجال, رزقا
Dan di pertengahan seperti: وفي الرقاب, الغارمين

Keadaan huruf ra ketika waqaf

- Pertama: apabila berkaitan dengan fathah dan dhammah atau huruf wau, alif atau sukun, dan sebelumnya adalah fathah atau dhammah contoh: القمر, مزدجر, وسعر. Maka ditebalkan huruf ra ketika waqaf bagi Warsh.

- Kedua: Huruf ra pada مصر, ketika waqaf dibaca secara tarqiq, manakala membaca secara tafkhim adalah lebih diutamakan ketika wasal. Ra pada القطر, ketika wasal, membaca secara tarqiq adalah diutamakan.

- Ketiga: Pada kalimah seperti مستمر, القاهر, المصير.. Maka warsh membaca secara tafkhim.

- Keempat: Apabila ada huruf sukun dan tiada huruf isti’la’ dan sebelumnya berbaris kasrah seperti الشعر, السحر, maka semua qurra’ akan membaca secara tafkhim (nipis).
Adapun diikuti dengan alif mumalah seperti عقبى الدار, مع الأبرار, maka mereka yang mengimalahkan atau mentaqlilkan huruf alif akan membaca secara tarqiq pada huruf ra. Lafaz إدا يسر, نذر diutamakan kepada membaca secara tarqiq.

0 comments: