باب ياء الزوائد

Bab Huruf Ya Zawaid
دونك ياءات تسمى زوئدا لأن كن عن خط المصاحف معزلا

Penerangan :

Definisi Ya’at Zawaid : ya zawaid adalah huruf ya yang ditambah di hujung sesuatu perkataan dalam resam Mushaf Uthmani.

4 perbezaan diantara ya Zawaid dan ya Idhafah :
1. Ya’at zawaid hanya terdapat di dalam isim dan fiil (kata nama + perbuatan )
Contoh isim : الداع - الجوار
Contoh fiil : يأت – يسر
Manakala Ya Idhafah boleh dijumpai dalam isim, fiil dan huruf.

2. Ya’at zawaid tidak ditulis dalam resam uthmani berbanding ya’at izafah yang tetap dalamnya.

3. Khilaf yang selalu diutarakan dalam bab ya’at zawaid adalah mengenai : hazaf dan isbat ( pembuangan dan penambahan ) manakala dalam ya’at Idhafah membincangkan tentang pembacaan huruf ya dengan baris sukun atau fathah.

4. Ya’at zawaid ada 2 jenis :
• Ya’at zawaid asli : adalah huruf ya yang datang dari kalimahitu sendiri.
Contoh : المنادئ – يوميأت
• Ya’at zawaid za’idah : huruf ya yang ditambah pada sesuatu kalimah dan bukannya dari kalimah asli itu sendiri.
Contoh : وعيد – نذر
Ya’at zawaid dinamakan sebagai ya zaidah kerana penulisannya tiada dalam mushaf. Ya’at izafah adalah ya’ yang ditambah semata-mata dan bukannya ya’ yang asli.


Kaedah-kaedah umum bagi mazhab qura’ dalam menambah atau membuang ya’at zawaid:

1. Apa yang akan disebutkan tentang Ibnu Kathirdalam bab ini ( bab ya’at zawaid ). Beliau menambahkan ya’ dalam keadaan wasal dan waqaf.

2. Hisyam menambah pada tempat yang telah ditambah ya oleh Ibnu Kathir dalam kedua-dua keadaan wasal dan waqaf dengan khilaf.

3. Hamzah menambah apa yang telah ditambah oleh Ibnu Kathir dari ya’ dalam keadaan wasal. Beliau menghazafkan ya’ ketika waqaf kecuali pada kalimah
قال أتمدونن بمال beliau menambah ya’ dalam kedua-dua keadaan.

4. Abu ‘Amru, Nafi’ dan Kisae menambah ya’ mengikut apa yang ditambah oleh Ibnu Kathir dalam keadaan wasal dan menghazafkannya katika waqaf.

5. Baki Qura’menghazafkan ya’ dalam kedua-dua keadaan kecuali pada sesetengah kalimah.
Keseluruhan jumlah ya’ zawaid dalam bab ini ada 62.


Published by: Hazwan

0 comments: