(باب مذاهب القراء في ياءات الإضافة )

Bab Mazhab Qura' pada Ya Idhafah

Dalil As-Syatib:
1. وليست بلام الفعل ياء اضافة وما هي من نفس الاصول فتشكلا
2. ولكنها كا لهاء والكاف كل ما تليه يرى للهاء والكاف مد خل

Penerangan :
Definisi : Ya Izafah adalah ya zaidah (ya yang ditambah) kepada kalimah asli. Ya tersebut tidak duduk sebagai lam feel dalam kalimah.
Alamat Ya Izafah : Boleh menukar huruf ya tersebut kepada huruf kaf atau ha.
Contoh :
1.فطرني – فطرك – فطره
2.ضيفي – ضيفك – ضيفه
3. لعلي – لعلك – لعله

Ya yang terletak pada kalimah sebagai lam feel adalah ya asli untuknya dan tiada sebarang khilaf dalamnya.
Contoh :
1.الداعي
2.المهتدي

6 BAHAGIAN YA’AT IZAFAH :
1.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ maftuhah ( أ ) terdapat dalam 99 tempat.
Contoh :انى أخا ف
2.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ maksurah ( أ ) terdapat dalam 52 tempat.
Contoh :وحزنى الى الله
3.Ya Izafah yang selepasnya hamzah qata’ mazmumah ( أ ) terdapat dalam 10 tempat.
Contoh : انى أمرت
4.Ya Izafah yang selepasnya alif lam ta’rif ( ال ) terdapat dalam 14 tempat.
Contoh : عبا دى الصلحون
5.Ya Izafah yang selepasnya hamzah wasol mufrodah ( ا ) terdapat dalam 7 tempat.
Contoh :انى أصطفيتك
6.Ya Izafah yang selepasnya huruf-huruf selain dari hamzah qata’ atau hamzah wasol terdapat dalam 30 tempat.
Contoh :ومحيا ى ومما تى لله

JUMLAH YA IZAFAH.
Dalil As-Syatibi :
وفي مائتي ياء وعشر منيفة وثنتين خلف القوم أحكيه مجملا .3

Penerangan :
7 qura’ mempunyai 212 ikhtilaf dalam ya’at izafah.

BAHAGIAN PERTAMA :
Dalil As-Syatibi :
فتسعون مع همز بفتح و تسعها سما فتحها الا مواضع هملا .4
فأرني وتفتني اتبعني سكونها لكل وترحمني أكن ولقد جلا .5

Penerangan :
Ya Izafah yang datang selepasnya hamzah qata’ maftuhah terdapat dalam 99 tempat dalam al-quran. Ahlu Sama’ (Nafi’,Ibnu Kathir,Abu A’mru) akan membaca ya tersebut dengan baris fathah. Qura’ lain akan menyertai mereka pada sesetengah tempat.Contoh :



Pengecualian :
Ya yang datang selepasnya hamzah qata’ akan dibaca dengan baris fathah oleh ahlu sama’ pada 4 tempat di bawah,qura’ yang lain akan mensukunkan ya pada 4 tempat tersebut.
1. قا ل رب أرني أنظر اليك (Surah A’raf)
2. ولا تفتني الا فى الفتنة سقطو(Surah Taubah)
3.فاتبعني أهدك صراطا سويا (Surah Maryam)
4. والا تغفرلي وترحمنى أكن من الخسرين (Surah Hud)

Dalil As-Syatibi :
د واء وأوزعني معا جا د هطلا .6 وادعونى ا ذ كرني فتحها ذ روني

Penerangan :
- Imam Ibnu Kathir membaca ya dengan baris fathah pada 3 tempat di bawah :
1. ذروني أ قطل مو سى (Surah Ghafir)
2.ادعونى أستجب لكم (Surah Ghafir)
3.فا ذ كرونى أ ذ كركم (Surah Al-Baqarah)
(Bazzi dan Qunbul mengikut imamnya pada 3 tempat tersebut)
- Warsh dan Bazzi membaca ya dengan baris fathah pada kalimah :
yang terdapat dalam Surah An-Naml, Surah Ahqaf. Baqi qura’ akan mensukunkan ya pada kalimah tersebut.


Dalil As Syatibi:
7.ليعلونى معه سبيلي لنافع وعنه وللبصري ثمان تنخلا
8.ب يوسف اني الأولان ولي بها وضيفي ويسر لي ودوني تمثلا
9وياءان في اجعل وأربع اذ حمت هداها ولكني بها اثنان وكلا .
10.وتحتي وقل في هود اني أراكمو وقل فطرن في هود هاديه أوصلا
Penerangan:
Nafi’ membaca Ya dengan baris fathah dalam:
:ليبلوني ءأشكر أم أكفر (Surah Naml)
:قل هذه سبيلى أدعو الى الله (Surah Yusuf)
Nafi’ tidak mensukunkan Ya pada 2 tempat tersebut.

Nafi’ dan Abu Amru membaca Ya Idhafah dengan baris fathah pada 8 tempat:
1.) اني )dalam اني أرني أعصر: Surah Yusuf.
2اني ) )dalam:اني أرانى أحمل Surah Yusuf.
3.(لي )dalam يأ ذن لى أبى : Surah Yusuf.
4.(ضيفى )dalamولاتخزون فى ضيفي أليس: Surah Hud.
5.و يسرلي أمري Surah Taha.
6.( دونى )dalam من دونى أولياء : Surah Kahf.
7. اجعل لى ءاية Surah Al-Imran.
8. اجعل لي ءاية Surah Maryam.

Ya Idhafah pada 8 tempat di atas akan di baca dengan baris sukun oleh qura-qura’ lain selain dari Nafi’ dan Abu Amru.

#قوله:وأربع اذ همت هداها,ولكني بها اثنان وكلا,وتحتي وقل في هود اني أراكمو
Dalil di atas menerangkan bahawa,Nafi,Abu Amru dan Bazzi membaca Ya Idhafah pada 4 tempat di bawah dengan baris fathah.
1.ولكني أراكم (Surah Ahqaf)
2.ولكني أراكم (Surah Hud)
3.من تحتي أفلا (Surah Zuhruf)
4.اني أراكم بخير (Surah Hud)
Qura lain akan membaca Ya yang berada pada 4 tempat di atas dengan baris sukun.
# وقل فطرن في هود أوصلا
Bazzi dan Nafi’ membaca Ya Idhafah dengan baris fathah dalam Surah Hud,Qura lain akan membacanya dengan baris sukun.

Dalil As-Syatibi:
11.ويخزنني حرميهم تعدانني حشرتني أعمى تأمرونى وصلا

Penerangan:
Hirmiyan (Nafi’ dan Ibnu kathir)membaca Ya dengan baris fathah pada 4 tempat ini:
1.ليخزنني أن تذهبو به (Surah Yusuf)
2. ) أتعدانني أن أخرجSurah Ahqaf)
3.حشرتني أعمى (Surah Taha)
4. أ فغيرالله تأمروني أعبد(Surah Zumar)
Selain mereka berdua akan membaca Ya pada 4 tempat di atas dengan sukun.

Dalil As-Syatibi:
12.أرهطي سما مولى ومالي سما لوا لعلي سما كفوا معي نفر العلا
13.عماد وتحت النمل عندي حسنه الى دره بالخلف وا فق موهلا

Penerangan:
*Ahlu Sama dan Ibnu Zakwan membaca Ya dengan baris fathah pada ( أرهطي أعز عليكم )Surah Hud,selain mereka membacanya dengan baris sukun.
*Ahlu Sama dan Hisyam membaca Ya dengan baris fathah pada ( و ياقوم ما لي أدعوكم )Surah Gafir, selain mereka membacanya dengan sukun.
*Ahlu Sama dan Ibnu Amir membaca Ya yang berada dalam perkataan ( لعلي )dengan baris fathah pada 6 tempat ini:

1.لعلي أرجع الى الناس (Surah Yusuf)
2. لعلي آتيكم منها (Surah Taha)
3. لعلي آتيكم منها (Surah al-Qasas)
4.لعلي أعمل صالحا (Surah Mu’minun)
5.لعلي أطلع (Surah al-Qasas)
6.لعلي أبلغ الأسباب (Surah Ghafir)
Selain dari mereka membaca 6 ya di atas dengan baris sukun.

*Ahlu Sama,Ibnu Amir dan Hafs membaca Ya yang berada dalam perkataan( معي )dengan baris fathah pada 2 tempat ini:
1.فقل لن تخرجو معى أبد (Surah Taubah)
2.قل أرءيتم ان أهلكني الله ومن معى أو رحمنا (Surah Al-Mulk)
Syu’bah,Hamzah dan Kisa’e akan membaca Ya pada 2 tempat tersebut dengan sukun.

#و قوله: وتحت النمل عندي حسنه الى دره بالخلف
Abu Amru dan Nafi membaca Ya yang berada dalam perkataan (عندي )dgn baris fathah pada kalimah di bawah tanpa khilaf.
قال انما أوتيته على علم عندي أولم يعلم (Surah al-Qasas).
Ibnu Kathir membaca kalimah di atas dengan baris fathah berserta dengan khilaf,khilaf tersebut disebabkan oleh perbezaan bacaan yang di riwayatkan oleh 2 anak muridnya(Bazzi dan Qunbul)dgn bacaan fathah dan sukun:
*Bazzi membacanya dgn baris sukun
*Qunbul membacanya dgn baris fathah.
Selain dari 99 tempat yang telah di terangkan di atas,hanya Ahlu Sama sahaja yang akan membaca Ya dengan baris fathah manakala Qura lain akan membacanya dengan tanda sukun.



BAHAGIAN KEDUA:
Dalil As-Syatibi:
14. وثنتا ن مع خمسين مع كسرهمزة بفتح أولى حكم سوى ما تعزلا
1بناتى وأنصاري عبادي ولعنتي وما بعده ان شاء بالفتح أهملا . 5

Penerangan:
Ya Idhafah yang datang selepasnya hamzah qata maksurah terdapat dalam 52 tempat.

KAEDAH UMUM:
Dalam bahagian ini,Nafi’ dan Abu Amru akan membaca Ya Idhafah dengan baris fathah walaupun sesuatu kalimah itu berbentuk infiradah atau terkeluar dari kaedah yang sebenar.

*فقوله بناتي وانصاري.....البيت
Nafi’ mengkhususkan bacaan fathah pada ya idhafah yang terdapat dalam 5 tempat di bawah:
1.بناتي ان كنتم فاعلين (Surah Hijr)
2.من انصاري الى الله (Surah Al-Imran,Saff)
3.ان اسر بعبادي انكم (Surah Syu’ara)
4.وأن عليك لعنتي الى يوم الدين (Surah Sad)
5.ستجدني ان شاءالله (Surah Kahf,Qisas,Saffat)
Semua Baqi qura termasuk Abu Amru akan membaca Ya pada lima tempat di atas dengan baris sukun.

Dalil As-Syatibi:
16.وفي اخوتي ورش يدي عن أولي حمي وفي رسلي أصل كسا وفاي الملا

Penerangan:
Warsy membaca Ya dengan baris fathah pada kalimah: ( وبين اخوتي ان ربي ) Surah Yusuf,
Qurra’ lain akan mensukunkan Ya pada kalimah tersebut.

Nafi’ bersama Hafs, dan Abu Amru membaca Ya pada kalimah :( يدي اليك ) Surah Al-Maidah
Dengan baris fathah,Qura lain selain mereka akan membaca Ya tersebut dengan sukun.

Nafi’ dan Ibnu Amir membaca Ya dengan baris fathah dalam:( ورسلي ان الله) Surah Mujadalah
Qura lain akan membacanya dengan sukun.

Dalil As-Syatibi:
17.وأمي وأجري سكنادين صحبة دعائي وآبائي لكوف تجملا
18.وحزني وتوفيقي ظلالوكلهم يصدقني انظرني وأخرتني الى
19.وذريتي يدعونني وخطابه ....................................

Penerangan:
-وأمى الهين (Surah Al-Maidah)
-ان اجرى الا على الله (Surah Yunus)
ان أجري الاعلي رب العلمين – (Surah Syu’ara)
Nafi’ akan membaca Ya pada tempat-tempat di atas dengan baris fathah.

#وقوله دعائي وآبائي لكوف تجملا
1.فلم يزد هم دعائي الا (Surah Nuh)
2.ملة ءابآءى ابراهيم (Surah Yusuf)
Ahlu Sama dan Ibnu Amir membaca Ya di atas dengan baris fathah.

#وقوله وحزني وتوفيق ظلال
-( حزني ) dalam ( وحزني الى الله ) surah yusuf
-( توفيقي ) dalam ( وما توفيقي الا بالله ) surah hud.
Ya di atas di baca dengan baris fathah oleh Nafi’, Abu A’mru dan Ibnu A’mir.

#وقوله وكلهم يصدقني انظرني واخرتني الى...
Ketujuh-tujuh qura’ bersepakat mensukunkan ya pada kalimah-kalimah tersebut.
_يصدقني انى أخاف (Surah Qasas)
_أنظرني الى يوم يبحثون (Surah A’raf)
_فأنظرني الى يوم يبعثون (Surah Hijr)
_لولا أخرتني الى أجل (Surah Munafiqun)
_وأصلح لي في ذريتي اني (Surah Ahqaf)
_مما يدعونني اليه (Surah Yusuf)
_وتدعونني الى النار (Surah Ghafir)
_أنما تدعونني اليه (Surah Ghafir)
Nafi’ dan Abu A’mru membaca Ya Idhafah dengan baris fathah berdasarkan kaedah asli pada baki kalimah yang tidak disebut oleh penulis dalam bait-baitnya.

BAHAGIAN KETIGA
Dalil As-Syatibi :
19................................... وعشر يليها الهمز بالضم مشكل
20.فعن نافح فافتح وأسكن لكلهم بعهدي وآتوني لتفتح مقفلا

Penerangan :
Ya Idhafah yang datang selepasnya hamzah qata’ mazmumah terdapat dalam 10 tempat.
Hanya Imam Nafi’ seorang sahaja yang mengkhususkan bacaan ya dengan baris fathah pada 10 tempat tersebut. Selainnya akan membacanya dengan sukun.
1.اني أعيذهابك (Surah Al-Imran)
2.اني أريد أن تبوأ (Surah Al-Maidah)
3.فاني أعذبه عذابا (Surah Al-Maidah)
4.اني أمرت (Surah An’am)
5.اني أمرت (Surah Zumar)
6.قال عذابي أصيب به (Surah A’raf)
7.اني أشهد الله (Surah Hud)
8.أني أوفي الكيل (Surah Yusuf)
9.اني ألقي (Surah Naml)
10.اني أريد أن أنكحك (Surah Qisas)
*Tujuh Qura bersepakat mensukunkan Ya pada 2 tempat ini :
1.وأوفوا بعهدي أوف بعهدكم (Surah Baqarah)
2.ءاتوني أفرغ عليه قطرا (Surah Kahf)

BAHAGIAAN KEEMPAT
Dalil As-Syatibi :
21.وفي اللام للتعريف أربع عشرة فاسكانها فاش وعهدي في علا

Penerangan :
Ya Idhafah yang datang selepasnya alif lam ta’rif terdapat dalam 14 tempat.
Imam Hamzah mensukunkan ya pada semua 14 tempat tersebut, Hafs mengikutnya pada 1 tempat sahaja :لاينال عهدى الظالمين (Surah Baqarah).
Baqi qura’ akan membaca ya pada 14 tempat tersebut dengan baris fathah.

Dalil As-Syatibi :
22.وقل لعبادي كان شرعا وفي الندا حمى شاع آياتي كما فاح منزلا
23. فخمس عبادي اعدد و عهدي أرادني وربي الذي أياتي الحلا
24.وأهلكني منها وفي صاد مسني مع الأنبيا ربي في الاعراف كملا

Penerangan :
Ibnu A’mir, Hamzah dan Kisaie mensukunkan ya pada kalimah ( قل لعبادى الذينءامنو ) Surah Ibrahim, selain mereka membacanya dengan baris fathah.

و قوله وفي الندا حمى شاع#
1.يعبادي الذين ءامنوا ان أرضى وسعة (Surah Ankabut)
2.قل يعبادي الذين أسرفوا (Surah Zumar)
Nafi’ akan membaca Ya yang berada dalam kalimah di atas dengan baris fathah.

# وقوله آياتي كما فاح
(سأصرف عن ءايتى الذين )Nafi’akan membaca Ya tersebut dengan baris fathah.

#وقوله فخمس عبادي اعدد
1-5)Perkataan ( عبادي )dalam surah Ibrahim,Ankabut,Zumar,Anbia,Saba.
6)عهدي الظلمين (Surah Baqarah)
7)ان أرادني الله بضر (Surah Zumar)
8)ربي الذي يحي ويميت (Surah Baqarah)
9)ءاتني الكتب (Surah Maryam)
10)سأصرف عن ءايتي الذين (Surah A’raf)
11)ان أهلكني الله (Surah Mulk)
12)مسني الضر (Surah Anbia)
13)مسني الشيطن (Surah Sad)
14)حرم ربي الفوحش (Surah A’raf)
Baqi qura’ membaca semua Ya yang berada dalam 14 kalimah di atas dengan baris fathah.

BAHAGIAN KELIMA:
Dalil As-Syatibi:
25 وسبع بهمز الوصل فردا وفتحهم أخي مع انى حقه ليتني حلا .
26.ونفسي سما ذكري سما قوم الرضا حميد هدي بعدي سما صفوه ولا

Penerangan:
Ya Idhafah yang datang selepasnya hamzah wasol mufradah terdapat dalam 7 tempat.(hamzah wasol mufradah ialah hamzah yang tidak bercantum dengannya lam ta’rif)

*Ibnu Kathir dan Abu Amru membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat di bawah,selain mereka akan membacanya dengan sukun.
1.هرون أخى اشددبه (Surah Taha)
2.اني اصطفيتك على الناس (Surah A’raf)

*Hanya Abu Amru seorang sahaja yang membaca Ya dengan baris fathah pada kalimah di bawah:
-يليتني اتخذت (Surah Furqan)

*Nafi,Ibnu Kathir dan Abu Amru membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat ini,selain mereka akan membacanya dengan sukun
1.واصطنعتك لنفسى اذهب (Surah Taha)
2.ولاتنيا فى ذكرى اذهبا (Surah Taha)

*Nafi,Abu Amru dan Bazzi membaca Ya pada kalimah di bawah dengan baris fathah,selain mereka akan membacanya dengan sukun ان قومي اتخذوا :

*Nafi’, Ibnu Kathir, Abu A’mru dan Syu’bah membaca ya pada ayat di bawah dengan baris fathah. Baqi qura’ lain akan mensukunkan ya tersebut.
-من بعدي اسمه أحمد (Surah Saf)

BAHAGIAN KEENAM
Dalil As-syatibi :
27.ومع غير همزة في ثلاثين خلفهم ومحياي جيء با لحلف والفتح خولا

Penerangan :
Ya Idhafah yang datang selepasnya salah satu daripada huruf hija’e, kecuali hamzah qata’ dan hamzah wasol.
Khilaf Qura’ dalam bahagian ini terdapat pada 30 tempat :
Contoh : Kalimah ( محياي ) dalam (ونسكي ومحياي) Surah An-A’m
*Warsh mempunyai 2 wajah bacaan (fathah,sukun) pada ya kedua dalam kalimah ( محياي ) di atas.
*7 Qura’ kecuali Nafi’ membacanya dengan baris fathah.
*Qalun membacanya dengan sukun tanpa khilaf.
*Wajah sukun pada ya dalam kalimah ( محياي ) bagi 2 anak murid Nafi’ (Qalun dan Warsh) menerangkan tentang bacaan mad alif maddi yang berada sebelumnya dengan kadar bacaan 6 harkat ketika wasol dan waqaf.



Dalil As-Syatibi :
28.وعم علا وجهي وبيتي بنوح عن لواوسواه عد أصلا ليحفلا

Penerangan :
Nafi’, Ibnu A’mir dan Hafs akan membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( وجهي ) dalam 2 ayat di bawah :
1.فقل أسلمت وجهي لله (Surah Al-Imran)
2. انى وجهت وجهى للذى (Surah An’am)
Selain mereka akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

*- ولمن دخل بيتي مؤمنا (Surah Nuh)
Nafi’ akan mensukunkan ya tersebut.

*Hafs, Nafi’ dan Hisham membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( بيتى ) dalam ayat :
1.أن طهرا بيتى للطآءفين (Surah Baqarah)
2.و طهر بيتى للطآءفين (Surah Haj)
Baqi Qura’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

Dalil As-Syatibi :
29.و مع شركائي من ورائي دونوا ولي دين عن هاد بخلف له الحلى

Penerangan :
Ibnu Kathir membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ( شركائي ) dan ( ورائي ) dalam surah :
-أين شركآءى قالوا ءاذناك (Surah Fussilat)
- و اني خفت المولى من ورآءى (Surah Maryam)
Baqi qura’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.
*Nafi’, Hisham dan Hafs membaca ya pada kalimah ) ولي دين ) dengan baris fathah dalam Surah Kafirun Qaulan Wahidan. Bazzi pula mempunyai 2 wajah ( fathah dan sukun) pada kalimah tersebut.

Dalil As-Syatibi :
30.مماتي أتي أرضي صراطي ابن عامر وفي النمل ملي دم لمن راق نوفلا

Penerangan :
*Nafi’ membaca ya dengan baris fathah pada kalimah ini :( ومماتي لله رب العلمين ) Surah An’am
Qura’ lain akan mensukunkan ya pada kalimah tersebut.

*-وأن هذا صرطي مستقيما (Surah An’am)
-وأن أرضى وسعة (Surah Ankabut)
Nafi’ akan mensukunkan ya pada 2 tempat tersebut.

*مالى لآأرى الهدهد (Surah Naml)
Nafi’ akan mensukunkan ya tersebut.

Dalil As-Syatibi :
31. ولي نعجة ما كان لي اثنين مع معي ثمان علا والظلة الثان عن جلا

Penerangan :
Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam :
-ولى نعجة (surah Sad)
-وما كان عليكم (Surah Ibrahim)
-ما كان لى من علم (Surah Sad)
Dan pada perkataan ( معي ) dalm 8 tempat di bawah :
-فأرسل معى بنى اسرآءيل (Surah A’raf)
-معى عدوا (Surah Taubah)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-معى صبرا (Surah Kahf)
-هذا ذكرمن معى وذكرمن قبلى (Surah Anbia)
-ان معى ربى سيهدين (Surah Syu’ara)
-معى ردءا يصدقنى (Surah Qisas)
Qura’ lain akan mensukunkan ya pada 8 tempat tersebut. Hanya Warsh dan Hafs akan membaca ya yang berada pada tempat kedua di atas dengan baris fathah.

Dalil As-Syatibi :
32.ومع تؤمنوا لي يؤمنوا بي جاويا عبادي صف والحذف عن شاكر دلا

Penerangan :
Warsy membaca Ya dengan baris fathah pada 2 tempat di bawah:
-وليؤمنوا بى لعلهم يرشدون (Surah Baqarah)
-وان لم تؤمنوا لى فاعتزلون (Surah Ad-Dukhan)
Qura’ lain akan membacanya dengan sukun.

Wajah-wajah qura’ dalam ayat : ( يعباد لاخوف عليكم اليوم)
*Nafi’ bersama Abu A’mru dan Ibnu A’mir mendatangkan ya sakinah ketika waqaf dan wasol.

Dalil As-Syatibi :
33.وفتح ولي فيها لورش وحفصهم ومالي في يس سكن فتكملا

Penerangan :
*Warsh dan Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam) ولي فيها مآرب أخرى ) Surah Taha. Ya tersebut akan dibaca dengan sukun oleh selain daripada mereka berdua.
*Hamzah mensukunkan ya dalam ( وما لى لآ أعبد ) Surah Yaasin, selainnya (termasuk Imam Nafi’) akan membaca ya tersebut dengan baris fathah.

Published by:
Fahim Abd Razak

0 comments: