هاء الكناية

Bab Huruf Ha Kinayah.

MAKSUD هاء الكناية : ه yang merupakan kata ganti nama ketiga, yakni orang atau sesuatu
yang ghaib, tidak ada di depan mata.
Cara bacaan Imam Nafi’

1. Jika huruf sebelum huruf ه tersebut berbaris dan huruf selepasnya sukun; Imam Nafi’ baca tanpa صلة (silah) dan mengizharkan bacaan.
Cnth: الملك له,الأعلى ربه

2. Jika huruf ه tersebut terletak di antara 2 huruf yang sukun; Imam Nafi’ juga membacanya dengan tanpa silah.
Cnth: اسمه منه, القرءان فيه

3. Jika huruf ه tersebut berada di antara 2 huruf berbaris, Imam Nafi’ membacanya dengan
silah sekadar 2 harakat.
Cnth: لسانك به, جمعه وقرءانه
a. Kecuali apabila selepas ه tersebut adalah hamzah Qata’ (أ), ia sudah tertakluk kepada cara bacaan Mad Munfasil.
Contoh: يره أحد

4. Jika huruf sebelum huruf ه tersebut sukun manakala huruf selepasnya berbaris; Imam Nafi’ membacanya tanpa silah.
Cnth: فيه هدى ,اجتباه وهدى


Bacaan bagi Kalimah-kalimah tertentu dalam Al-Quran.
1.
• يؤده اليك ( 2 tempat dalam surah Ali Imran )
• نوله ما تولى ونصله جهنم ( surah An Nisa’ )
• ومن يرد ثواب الدنيا نؤته منها ومن يرد ثواب الأخرة نؤته منها ( surah Ali Imran )
• ومن كان يريد حرث الدنيا نؤته منها ( surah As Syura )
Cara bacaan:-
a. Qalun baca dengan tanpa silah dengan ه berbaris bawah.
b. Warsh pula membacanya dengan silah dan juga dengan ه berbaris bawah.

2. اليهم فألقه ( Surah An Naml )
a. Qalun membaca kalimah ini dengan ه berbaris bawah dan tanpa silah.
b. Warsh pula membacanya dengan silah dan dengan ه berbaris bawah. Kadar harkat silah tertakluk kepada cara bacaan imam ini dalam bab Mad Munfasil.

3. ويتقه فأولئك ( Surah An Nur )
a. Qalun membaca kalimah ini dengan ق dan ه berbaris bawah serta tanpa silah.
b. Warsh pula membacanya dengan ق berbaris bawah dan juga ه berbaris bawah berserta silah sekadar 2 harkat.



4. يأته مؤمنا ( Surah Taha )
a. Qalun mempunyai 2 cara bacaan pada membaca kalimah ini; Pertama dengan هberbaris bawah serta tanpa silah. Kedua pula ه berbaris bawah dengan silah sekadar 2 harkat.
b. Manakala Warsh pula membacanya dengan ه berbaris bawah berserta silah sekadar 2 harkat.

5. وان تشكروا يرضه لكم( Surah Az Zumar )
a. Imam Nafi’ membaca kalimah ini dengan ه berbaris depan tanpa silah. Begitu juga dengan 2 orang perawinya; Qalun danWarsh.

6. خيرا يره شرا يره ( Surah Az Zalzalah )
a. Imam Nafi’ membaca kalimah ini dengan ه berbaris depan berserta silah sekadar 2 harkat. Begitu juga dengan 2 perawinya; Qalun dan Warsh.


7. أرجئه ( Surah Al A’raf dan Surah As Syu’ara’ )
a. Imam Nafi’ berserta Qalun dan Warsh membaca kalimah ini dengan tidak membunyikan hamzah (ء) serta هberbaris bawah.
> Disebabkan هdibaca dengan berbaris bawah, ada perbezaan di antara Qari Qalun dan Warsh dari segi panjang harkatnya, iaitu:-
> Qalun membaca tanpa silah, yakni tanpa harkat. Manakala Warsh pula membacanya dengan silah sekadar 2 harkat.

Originally completed by:
ADIB MAHMUD BIN MOHD SAGIR

0 comments: