باب سورة أمِّ القرأن

Bab Surah Ummi Al-Quran

Bab ini menerangkan tentang khilaf-khilaf para Imam Qurra’ pada bacaan di awal surah Al-Fatihah. Pada bab ini, kami hanya membincangkan kaedah atau bacaan Imam Nafi’ dan 2 orang muridnya iaitu Qalun dan Warsy.
1. Dalam bab ini juga, bacaan Imam Nafi’ sama (tergolong) dengan bacaan baki Qurra’ lain kecuali Imam Aa’shim dan Kisa’i pada ayat 4, surah Al-Fatihah (يوم الدين ملك( dengan menghilangkan huruf mad (alif kecil) pada huruf mim.

2. Pada ayat ke 7((أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالّين terdapat perbezaan bacaan antara Qalun dan Warsy.

-Bacaan Qalun: Boleh membuat pilihan sama ada hendak baca secara
shilah (mad) ataupun sukun pada huruf mim di
perkataan عليهم.
-Bacaan Warsy: Membaca secara shilah mim jamak dengan kadar 6
harkat dengan syarat selepasnya berjumpa dengan
hamzah qata’.
Contoh ayat: ( حُرِّمَتْ عَلَيكُم أُمَّهتُكُم )

Peringatan : Apabila selepas mim jamak ada huruf selain hamzah qata’, maka bacaan Warsy sekaligus tidak boleh di dhammahkan (baris depan) ataupun shilah.

3. Jika menjumpai mim jamak yang sebelumnya huruf sukun, semua Qurra’ akan mendhammahkan mim dan menyambung bacaan tanpa shilah dan mad.

4. Jika menjumpai huruf mim sebelum sukun dan sebelum huruf mim ialah huruf ha’, dan sebelum huruf ha’ ialah ya’ sakinah atau huruf maksur (baris bawah) maka Imam Nafi’ akan baca sama dengan baki Qurra’ kecuali Abu Amru, Hamzah dan Kisa’i iaitu dengan memaksurkan ha’ dan mendhammahkan mim ketika washal serta memaksurkan ha’dan mensukunkan mim ketika waqaf.

Published by:
Abdul Hakim.

0 comments: